Rabu, 31 Oktober 2012
TIPS MENGHADAPI EXAM
Tips menghadapi EXAM
Tidurlah awal pada malam sebelum peperiksaan. Tidur yang mencukupi
penting supaya badan dan otak kita segar pada keesokan harinya.
Sebaiknya cuba bangun seawal mungkin pada pagi hari peperiksaan. Bangun, mandi dan tunaikanlah solat sunat 2 raakat. Solat sunat apa-apa pun boleh. Sunat
taubat ker, sunat hajat ker, atau sunat tahajjud pun boleh dilakukan.
Doa dan minta pada Allah supaya mempermudahkan kita untuk menjawab soalan. Selepas itu,Baca surah Yaasin.
Abah saya kata, Surah Yaasin adalah ‘surah yang memudahkan’. Sebab itu
kalau orang sakit tenat digalakkan untuk kita baca surah Yaasin supaya
kalau ajal nya sudah sampai, maka mudahlah roh nya untuk keluar dari
jasad. Jadi, siapa yang amal membaca surah Yaasin pada pagi hari,
InsyaAllah, dengan keberkatan surah ini, semua kerja-kerja kita selama
satu hari tu akan dipermudah dan diselesaikan.Jadi, peruntukkan sedikit masa untuk baca surah Yaasin, setidak-tidaknya pada hari kita nak menduduki peperiksaan. Baca dan niatkan dalam hati
supaya Allah bantu kita. seterusnya,Telefon ibu.Doa ibu bapa untuk anak adalah sangat mustajab. Telefon lah ibu/bapa kita sebelum menduduki peperiksaan. Minta maaf pada mereka kalau-kalau kita ada buat dosa dengan mereka. Minta mereka doakan kejayaan kita.InsyaAllah, dengan berkat doa ibu/bapa, Allah pasti beri kejayaan pada kita. Pergi ke tempat peperiksaan lebih awal.Pastikan diri kita tiba di tempat peperiksaan setidak-tidaknya 15 minit lebih awal dari masa peperiksaan bermula. Ini bertujuan untuk mengelakkan kita daripada menjadi kelam kabut sekiranya kita terlewat.Saya pernah melihat seorang calon yang sampai lewat ke dewan peperiksaan. Memang kelam kabut dan huru hara dibuatnya. Saya lihat dia
termengah-mengah, berpeluh dan nampak kusut pada wajahnya. Sedangkan
pada masa itu, orang lain dah bersiap sedia dengan tenang di tempat
duduk masing-masing untuk menjawab soalan. Dia pulak, memang nampak
kelam kabut dan tidak tenteram. Dalam keadaan begitu, adakah anda rasa
dia boleh menjawab soalan peperiksaan dengan baik??
Jadi, sila pastikan diri kita untuk datang awal ke tempat peperiksaan.
Senyum dan Sapa
Kalau anda sampai awal di tempat peperiksaan, cubalah untuk bertegur
sapa dengan calon-calon lain. Macammana nak bertegur sapa?
Mudah saja caranya, anda lontarkan senyuman, beri salam dan hulur tangan
untuk bersalaman. Kemudian, perkenalkan diri dan tanya nama dia, dari
mana dia datang dan apa-apa sajalah.
Komunikasi ‘ringan’ dengan calon lain ini dapat mengurangkan tekanan
atau kerisauan kita pada peperiksaan bakal diduduki. Dengan menegur
calon lain, kita tidak akan berasa keseorangan, malah kita akan berasa
lebih berkeyakinan.
Kunyah gula-gula getah (/chewing gum/)
Memang menjadi amalan saya semasa menghadari mesyuarat, saya akan
mengunyah /chewing gum/. Mengunyah /chewing gum/ bukan saja dapat
mengelakkan daripada mengantuk, malah dapat merangsang otak untuk terus
berputar ligat. Mungkin tiada kajian yang membuktikan perkara ini, tapi
ini adalah pengalaman sebenar saya. Saya berasa otak saya tepu kalau tak
mengunyah /chewing gum/ semasa/meeting/.
Jadi, sebelum peperiksaan, saya pasti akan membeli /chewing gum/ dan
meletakkan dalam poket. Dan sepanjang peperiksaan berjalan, mulut saya
memang akan terkumat-kamit mengunyah chewing gum. Alhamdulillah, cara
ini bukan saja membuatkan saya berasa segar, malah saya rasa otak saya
lebih /pick-up /daripada biasa.
Jadi, kepada yang tak pernah mencuba tips ini. Cubalah kunyah ‘/chewing
gum/‘ semasa anda menduduki sebarang peperiksaan.
Baca selawat kalau ada soalan yang sukar
Kalau ada soalan-soalan yang sukar untuk dijawab, selawat lah ke atas
Nabi SAW sebanyak 3 kali. Dan kemudian, baca kembali soalan dan jawablah
dengan sebaik mungkin.
Ucap Alhamdulillah dan bertawakal kepada Allah
Selepas habis menjawab semua soalan. Ucapkanlah Alhamdulillah dan
bertawakal lah kepada Allah. Yakin dan bersangka baik lah dengan Allah
bahawa Allah akan memberikan kejayaan pada kita berkadar dengan usaha
yang kita telah lakukan.
Akhir sekali, Muhasabah diri
Selepas peperiksaan telah selesai semuanya, muhasabah lah diri. Catatkan
kelemahan-kelemahan atau kekurangan-kekurangan yang kita telah lakukan
dalam menghadapi peperiksaan. Catatan ini penting supaya kita tidak
mengulangi kesilapan yang dilakukan dan anda akan dapat
mempertingkatkannya pada masa-masa yang akan datang.
Rabu, 24 Oktober 2012
Ahad, 14 Oktober 2012
Ciri-Ciri Murid Pemulihan Khas
Tekun Membuat Latihan |
Murid-murid pemulihan khas mempunyai bermacam ciri yang membezakannya
dengan murid-murid lain yang tahap pembelajarannya adalah normal di
dalam kelas.
Ciri-ciri kanak-kanak pemulihan juga boleh dikelaskan kepada 5 kategori, iaitu emosi dan tingkahlaku, sosial, kesihatan, kesediaan belajar dan pengamatan.

Antara ciri-ciri murid pemulihan khas adalah seperti berikut:
a.
1) Emosi dan Tingkahlaku
- Mempunyai perasaan rendah diri dan risau.
- Mempunyai perasaan sedih, hiba atau duka.
- Cepat berasa bosan atau jemu terhadap pelajaran.
- Mempunyai perasaan takut akan perkara-perkara baru.
- Bersikap degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka melawan.
- Bersikap pasif.
- Malas
2) Sosial
- Sentiasa berasa gelisah dan selalu bergerak di dalam bilik darjah serta mengganggu kawan-kawan.
- Lemah / kurang interaksi dengan rakan.
- Mempunyai perangai ganjil seperti gemar menghisap atau menggigit jari/kuku.
- Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan.
- Suka berbohong dan kadang-kadang mencuri.
- Hyper aktif.
3) Kesihatan
- Tidak bertenaga serta kurang zat makanan.
- Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang (gemuk/kurus).
- Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan).
- Lemah gerakan motor-kasar dan halus.
- Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk.
- Kurang menjaga kebersihan diri.
4) Kesediaan Belajar
- Belum bersedia untuk belajar.
- Perbendaharaan kata kurang.
- Lemah pemahaman.
- Kurang keyakinan diri dan rangsangan.
- Kurang matang – IQ tidak seimbang dengan umur hayat.
5) Pengamatan
- Tidak boleh mengenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan.
- Lemah terhadap pendengaran bunyi dan rentak.
- Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah.
- Lambat mengelaskan benda atau nombor.
- Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru.
- Tidak dapat menyelesaikan masalah.
- Sukar mengambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang.
- Tidak dapat membuat kerja-kerja yang kreatif.
- Lemah pergerakan dan perbuatan.
- Lemah daya pemikiran/ingatan.
- Tidak boleh mengingat kembali apa yang telah dipelajari.
- Sukar untuk membuat kenyataan am
Sabtu, 13 Oktober 2012
JIWA
TENANG,KELUARGA BAHAGIA NIKMAT TERBESAR DIKECAPI MUKMIN..
NIKMAT
terbesar dikecapi umat Islam ialah menjadi orang beriman kerana tidak akan ada
kepercayaan yang diterima di sisi Allah selain daripada kepercayaan agama Islam
dan tidak akan ada lagi nabi selain daripada Nabi Muhammad.
Namun, di kalangan orang beriman itu ada pula di kalangan mereka yang beruntung. Keuntungan mereka itu disebabkan oleh beberapa perkara seperti dijelaskan dalam surah al-Mukminun, ayat 1-9 bermaksud:
“Sesungguhnya beruntunglah orang beriman. Iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya. Orang yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan tiada berguna. Dan orang menunaikan zakat. Dan orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri mereka atau budak yang mereka miliki, maka mereka dalam hal ini tiada tercela, barang sesiapa yang mencari yang sebaliknya, maka mereka itulah orang yang melampaui batas. Dan orang yang memelihara amanat yang dipikulnya dan janjinya. Dan orang yang memelihara solatnya”.
Dalam ayat itu dapat difahami ada enam perkara dilakukan oleh orang mukmin akan menyebabkan mereka menjadi orang beruntung.
Pertama, mereka adalah orang mukmin yang khusyuk solatnya. Ali Abi Talib menjelaskan khusyuk itu adalah kekhusyukkan hati.
Penjelasan Ali ini diperkuatkan oleh Hassan al-Basri yang menjelaskan bahawa kekhusyukan mereka itu berada di dalam hati mereka sehingga kerananya mereka menundukkan pandangan serta merendahkan diri.
Khusyuk dalam solat hanya akan dapat dilakukan orang memfokuskan hati padanya dengan melupakan pelbagai aktiviti selain mengerjakan solat itu semata-mata serta mengutamakan solat ke atas aktiviti yang lain.
Pada saat itulah akan terwujudnya ketenangan dan kebahagiaan baginya seperti dijelaskan oleh Rasulullah dalam sebuah hadis daripada Anas bahawa Rasulullah bersabda:
“Diberikan kepadaku kecintaan terhadap yang baik dan terhadap wanita, dan dijadikan solat untukku sebagai amalan yang paling menyenangkan”. (Hadis riwayat Imam Ahmad dan An-Nasai)
Kedua, orang mukmin menjauhkan dirinya daripada perbuatan dan percakapan yang tidak berguna seperti dari perbuatan batil, syirik, maksiat dan yang tidak membawa faedah untuk dirinya seperti dijelaskan oleh Allah dalam firman-Nya dalam surah al-Furqan, ayat 72 bermaksud:
“Dan apabila mereka bertemu dengan (orang) mengerjakan perbuatan tidak berfaedah, mereka lalu (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya.”
Ketiga, orang mukmin menunaikan zakat kerana pada harta dimiliki oleh seseorang itu ada hak orang lain perlu dilunaskan. Ia dijelaskan Allah dalam surah al-An’am, ayat 141 bermaksud:
“Dan keluarkan haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya. Dijelaskan juga dalam ayat lain dengan mengeluarkan zakat itu dapat menyucikan jiwa seseorang mukmin.”
Ia dijelaskan Allah dalam firman-Nya dalam surah As-Syam, ayat 9-10 bermaksud:
“Sesungguhnya beruntunglah orang menyucikan jiwanya dan sesungguhnya rugilah orang mengotorinya.”
Keempat, orang mukmin memelihara kemaluannya daripada perkara haram dengan tidak terjerumus dalam hal yang dilarang Allah sama ada dalam perzinaan dan homoseksual.
Mereka tidak akan mendekati seseorang melainkan isteri mereka sendiri dihalalkan oleh Allah. Malah Imam Shafie menggunakan ayat ini juga untuk mengharamkan onani.
Kelima, orang mukmin memelihara amanah diberikan dan janji dijanjikan. Mereka melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin apabila diberi tugas untuk dipikulnya dan tidak terlintas dalam hati sanubarinya untuk mengkhianati amanah itu. Dan jika mereka berjanji atau melakukan akad perjanjian, mereka akan menepatinya, tidaklah mereka ini seperti orang munafik.
Keenam, orang mukmin memelihara solatnya dengan melaksanakannya tepat pada waktunya.
“Ibn Mas’ud pernah bertanya kepada Rasulullah: Ya Rasulullah, apakah amal perbuatan disukai Allah? Baginda menjawab: Solat pada waktunya. Lalu apa lagi, tanyaku. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua orang tua. Kemudian apa lagi, tanyaku: Baginda menjawab: ‘Jihad di jalan Allah’.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Melalui enam perkara itu akan membezakan antara keuntungan seseorang
mukmin dengan mukmin lain. Ia bererti, tidak semua orang mukmin beruntung.
Hasil amalan itu, mereka akan ditempatkan oleh Allah dalam syurga Firdaus. Ia dijelas Allah juga dalam surah al-Mukminun, ayat 10-11 bermaksud:
“Mereka itulah orang berhak mewarisi. Yang akan mewarisi syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya.”
Rasulullah mengajar kepada umat Islam, sekiranya ingin memohon syurga Allah, maka mintalah syurga. Ia dijelaskan dalam hadis yang Rasulullah bersabda:
“Jika kamu meminta syurga Allah, maka mintalah syurga Firdaus, kerana sesungguhnya Firdaus adalah syurga yang paling tinggi dan paling tengah. Darinya terpancar sungai-sungai syurga dan di atasnya ada Arasy Rabb yang Maha Pemurah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
INTI PATI
Amalan orang mukmin
1.Khusyuk solat.
2.Menjauhkan dirinya daripada perbuatan dan percakapan yang tidak berguna seperti dari perbuatan batil, syirik dan maksiat.
3.Memelihara kemaluannya daripada perkara haram seperti perzinaan dan homoseksual.
4.Menunaikan zakat.
5.Memelihara amanah dan janji.
6.Solat tepat pada waktu.

Rabu, 10 Oktober 2012
12 BARISAN DI AKHIRAT..
Suatu ketika, Muaz b Jabal ra
mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan
kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala ditiup,maka kamu
sekalian datang berbaris-baris" Surah an-Naba':18
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-
BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."
BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."

Tak Tergambar Keindahanmu SYURGA...
Tunjukkanlah kami
jalan yang lurus bererti tunjuki kami jalan ke syurga. Inilah idaman
setiap insan. Inilah cita-cita setiap manusia yang berakal. Di
syurga,Allah swt telah menjanjikan pelbagai kenikmatan yang tiada tolok
bandingnya. Laksana taman-taman syurga di mana terdapat dua bentuk taman
sebagaimana hadis Rasulullah yang bermaksud:
01.Dua taman yang dicipta Allah dari perak dengan segala apa yang ada padanya.
02.Dua taman yang dicipta Allah dari emas dengan segala apa yangada padanya.
Subhanallah!Sahabatku,betapa indahnya kenikmatan syurga Allah ini yang disediakan khusus buat para muslimin dan muslimat.
Syurga itu bertingkat-tingkat,antara tingkat syurga adalah:
1.Syurga Firdaus
2.Surga 'Adn
3.Syurga Na'iim
4.Syurga Na'wa
5.Syurga Darussalaam
6.Daarul Muaqaamah
7.Al-Muqqamul Amin
8.Syurga Khuldi
Adapun tingkat syurga paling tinggi darjatnya dinamakan Al-Firdaus. Di atas Al-Firdaus inilah terletak Arsy Rahman (mahligai Tuhan). Subhanallah, syurga ini terletak di bawah Arsy.
Sahabatku, terdapat banyak keistimewaan syurga Al-Firdaus. Antaranya ialah penghuninya akan dapat melihat wajah Allah dua kali dalam sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Inilah nikmat tertinggi yang boleh kita perolehi. Bukan itu sahaja, di tempat yang penuh dengan kenikmatan ini juga Allah telah menciptakan para bidadari yang menawan,cantik dan sempurna keanggunannya serta mempunyai wajah yang bersinar bagai bulan.

Sekurang-kurangnya,
penduduk syurga itu memiliki 80,000 pelayan dan dikahwinkan dengan 72
isteri (bidadari) mereka diberi kekuatan 100 orang ketika makan, minum
dan senggama. Bagaimana pula dengan makanan penduduk syurga? Penduduk
syurga itu akan dihidangkan makanan dan minuman yang lazat dan sangat
menyelerakan antaranya buah-buahan yang ranum dan pelbagai lagi hidangan
yang tidak terbayang kelazatanya.
Alangkah indahnya jika ditakdirkan kita semua ke syurga.Kerana perkampungan akhirat itu adalah pasti,hendaklah kita bermohon kepada Allah untuk beroleh kenikmatan sebegini.Sebagaimana firman Allah SWT:
Ini adalah kehormatan(bagi mereka),dan sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa benar-benar(disediakan)tempat kembali yang baik (iaitu)syurga 'Adn yang pintu-pintunya terbuka bagi mereka.Di dalamnya mereka bertelekan(di atas dipan-dipan)sambil meminta buah-buahan yang banyak dan minuman di syurga itu). (Surah Sad:49)Semoga kita semua akan ditempatkan di syurga Allah SWT kelak serta sentiasa memperoleh rahmat dan keredhaanNya.

Langgan:
Catatan (Atom)