Rabu, 31 Oktober 2012

TIPS MENGHADAPI EXAM

Tips menghadapi EXAM Tidurlah awal pada malam sebelum peperiksaan. Tidur yang mencukupi penting supaya badan dan otak kita segar pada keesokan harinya. Sebaiknya cuba bangun seawal mungkin pada pagi hari peperiksaan. Bangun, mandi dan tunaikanlah solat sunat 2 raakat. Solat sunat apa-apa pun boleh. Sunat taubat ker, sunat hajat ker, atau sunat tahajjud pun boleh dilakukan. Doa dan minta pada Allah supaya mempermudahkan kita untuk menjawab soalan. Selepas itu,Baca surah Yaasin. Abah saya kata, Surah Yaasin adalah ‘surah yang memudahkan’. Sebab itu kalau orang sakit tenat digalakkan untuk kita baca surah Yaasin supaya kalau ajal nya sudah sampai, maka mudahlah roh nya untuk keluar dari jasad. Jadi, siapa yang amal membaca surah Yaasin pada pagi hari, InsyaAllah, dengan keberkatan surah ini, semua kerja-kerja kita selama satu hari tu akan dipermudah dan diselesaikan.Jadi, peruntukkan sedikit masa untuk baca surah Yaasin, setidak-tidaknya pada hari kita nak menduduki peperiksaan. Baca dan niatkan dalam hati supaya Allah bantu kita. seterusnya,Telefon ibu.Doa ibu bapa untuk anak adalah sangat mustajab. Telefon lah ibu/bapa kita sebelum menduduki peperiksaan. Minta maaf pada mereka kalau-kalau kita ada buat dosa dengan mereka. Minta mereka doakan kejayaan kita.InsyaAllah, dengan berkat doa ibu/bapa, Allah pasti beri kejayaan pada kita. Pergi ke tempat peperiksaan lebih awal.Pastikan diri kita tiba di tempat peperiksaan setidak-tidaknya 15 minit lebih awal dari masa peperiksaan bermula. Ini bertujuan untuk mengelakkan kita daripada menjadi kelam kabut sekiranya kita terlewat.Saya pernah melihat seorang calon yang sampai lewat ke dewan peperiksaan. Memang kelam kabut dan huru hara dibuatnya. Saya lihat dia termengah-mengah, berpeluh dan nampak kusut pada wajahnya. Sedangkan pada masa itu, orang lain dah bersiap sedia dengan tenang di tempat duduk masing-masing untuk menjawab soalan. Dia pulak, memang nampak kelam kabut dan tidak tenteram. Dalam keadaan begitu, adakah anda rasa dia boleh menjawab soalan peperiksaan dengan baik?? Jadi, sila pastikan diri kita untuk datang awal ke tempat peperiksaan. Senyum dan Sapa Kalau anda sampai awal di tempat peperiksaan, cubalah untuk bertegur sapa dengan calon-calon lain. Macammana nak bertegur sapa? Mudah saja caranya, anda lontarkan senyuman, beri salam dan hulur tangan untuk bersalaman. Kemudian, perkenalkan diri dan tanya nama dia, dari mana dia datang dan apa-apa sajalah. Komunikasi ‘ringan’ dengan calon lain ini dapat mengurangkan tekanan atau kerisauan kita pada peperiksaan bakal diduduki. Dengan menegur calon lain, kita tidak akan berasa keseorangan, malah kita akan berasa lebih berkeyakinan. Kunyah gula-gula getah (/chewing gum/) Memang menjadi amalan saya semasa menghadari mesyuarat, saya akan mengunyah /chewing gum/. Mengunyah /chewing gum/ bukan saja dapat mengelakkan daripada mengantuk, malah dapat merangsang otak untuk terus berputar ligat. Mungkin tiada kajian yang membuktikan perkara ini, tapi ini adalah pengalaman sebenar saya. Saya berasa otak saya tepu kalau tak mengunyah /chewing gum/ semasa/meeting/. Jadi, sebelum peperiksaan, saya pasti akan membeli /chewing gum/ dan meletakkan dalam poket. Dan sepanjang peperiksaan berjalan, mulut saya memang akan terkumat-kamit mengunyah chewing gum. Alhamdulillah, cara ini bukan saja membuatkan saya berasa segar, malah saya rasa otak saya lebih /pick-up /daripada biasa. Jadi, kepada yang tak pernah mencuba tips ini. Cubalah kunyah ‘/chewing gum/‘ semasa anda menduduki sebarang peperiksaan. Baca selawat kalau ada soalan yang sukar Kalau ada soalan-soalan yang sukar untuk dijawab, selawat lah ke atas Nabi SAW sebanyak 3 kali. Dan kemudian, baca kembali soalan dan jawablah dengan sebaik mungkin. Ucap Alhamdulillah dan bertawakal kepada Allah Selepas habis menjawab semua soalan. Ucapkanlah Alhamdulillah dan bertawakal lah kepada Allah. Yakin dan bersangka baik lah dengan Allah bahawa Allah akan memberikan kejayaan pada kita berkadar dengan usaha yang kita telah lakukan. Akhir sekali, Muhasabah diri Selepas peperiksaan telah selesai semuanya, muhasabah lah diri. Catatkan kelemahan-kelemahan atau kekurangan-kekurangan yang kita telah lakukan dalam menghadapi peperiksaan. Catatan ini penting supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan dan anda akan dapat mempertingkatkannya pada masa-masa yang akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan