Rancangan Pengajaran Harian
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 5 Cempaka
Masa : 8.10 – 9.10 pagi
Bilangan
Murid : 30 orang
Umur : 11 tahun
Umur : 11 tahun
Masa : 60
minit
Hari : Isnin
Tarikh : 13 Ogos 2012
Tajuk : Sang
Kancil dengan Sang Buaya
HASIL
PEMBELAJARAN
Pada akhir pengajaran , murid dapat:
1. Membaca petikan dengan gaya dan intonasi yang betul.
2. Menjawab sekurang-kurangnya tiga soalan dengan betul berdasarkan petikan yang telah
dibaca.
3. Membina ayat berdasarkan perkataan yang telah disenaraikan.
Pada akhir pengajaran , murid dapat:
1. Membaca petikan dengan gaya dan intonasi yang betul.
2. Menjawab sekurang-kurangnya tiga soalan dengan betul berdasarkan petikan yang telah
dibaca.
3. Membina ayat berdasarkan perkataan yang telah disenaraikan.
KEMAHIRAN
BAHASA
1. Kemahiran mendengar dan bertutur.
2. Kemahiran membaca.
3. Kemahiran menulis.
1. Kemahiran mendengar dan bertutur.
2. Kemahiran membaca.
3. Kemahiran menulis.
FOKUS
UTAMA
5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar
serta memahami perkara yang dibaca.
Aras 3
Menjawab soalan pemahaman berdasrkan teks yang dibaca.
FOKUS SAMPINGAN
8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang
sesuatu tajuk.
Aras 1
Membina ayat tunggal dan ayat majmuk.
SISTEM BAHASA
Kata Kerja
PENGISIAN ILMU
i. Sains
ii.Kajian Tempatan
NILAI MURNI
- rajin
- bekerjasama
-berusaha
-berani
-bijak
KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH
-Kemahiran Berfikir
- Pembelajaran Interpersonal
- Menjana idea
BAHAN BANTU MENGAJAR
- Slaid Power Point
- Tayangan Video
- Ked Perkataan
- Lembaran Kerja
5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar
serta memahami perkara yang dibaca.
Aras 3
Menjawab soalan pemahaman berdasrkan teks yang dibaca.
FOKUS SAMPINGAN
8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang
sesuatu tajuk.
Aras 1
Membina ayat tunggal dan ayat majmuk.
SISTEM BAHASA
Kata Kerja
PENGISIAN ILMU
i. Sains
ii.Kajian Tempatan
NILAI MURNI
- rajin
- bekerjasama
-berusaha
-berani
-bijak
KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH
-Kemahiran Berfikir
- Pembelajaran Interpersonal
- Menjana idea
BAHAN BANTU MENGAJAR
- Slaid Power Point
- Tayangan Video
- Ked Perkataan
- Lembaran Kerja
LANGKAH
|
ISI
KANDUNGAN
|
AKTIVITI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
|
CATATAN
|
SET
INDUKSI
(5
MINIT)
|
Bunyi
binatang
|
. Guru meminta murid
mengajuk bunyi
haiwan di dalam hutan yang mereka ketahui.
. Guru
mengaitkannya
dengan pelajaran.
|
TKP
Interpersonal
|
Langkah
1
(15
minit)
|
Tajuk
petikan:
Sang
Kancil dengan Sang Buaya
|
|
Kemahiran Belajar
Menjana
idea
|
Langkah
2
(20
minit)
|
Petikan
cerita Sang Kancil dengan Sang Buaya
|
|
Kemahiran
Belajar
membaca
Kemahiran
mendengar dan bertutur
|
Langkah
3
(15
minit)
|
Kad
Perkataan
cerdik
istimewa
dasar
ranum
kesihatan
deras
|
|
Kemahiran
Berfikir
membaca
Kemahiran
bertutur
|
Penutup
(5
minit)
|
Nilai-nilai
murni
bekerjasama
berusaha
bijak
rajin
berani
|
|
Refleksi
:
Kekuatan :
Kelemahan :
Cadangan mengatasi
kelemahan :
Ulasan pensyarah / penyelia
:
Sang Kancil Dengan Sang Buaya
Pada zaman dahulu Sang Kancil adalah merupakan binatang yang
paling cerdik di dalam hutan. Banyak binatang-binatang di dalam hutan datang
kepadanya untuk meminta pertolongan apabila mereka menghadapi masalah. Walaupun
ia menjadi tempat tumpuan binatang- binatang di dalam hutan, tetapi ia tidak
menunjukkan sikap yang sombong malah sedia membantu pada bila-bila masa
saja.Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari
makanan. Oleh kerana makanan di sekitar kawasan kediaman telah berkurangan Sang
Kancil bercadang untuk mencari makanan di tempat lain.
Cuaca pada hari tersebut sangat panas, menyebabkan Sang
Kancil berasa dahaga kerana terlalu lama berjalan, lalu ia berusaha mencari
sungai yang berdekatan. Setelah meredah hutan akhirnya Sang Kancil berjumpa
dengan sebatang sungai yang sangat jernih airnya. Tanpa membuang masa Sang
Kancil terus minum dengan sepuas-puasnya. Kedinginan air sungai tersebut telah
menghilangkan rasa dahaga Sang Kancil. Sang Kancil terus berjalan-jalan
menyusuri tebing sungai, apabila terasa penat ia berehat sebentar di bawah
pohon beringin yang sangat rendang di sekitar kawasan tersebut. Kancil berkata
di dalam hatinya "Aku mesti bersabar jika ingin mendapat makanan yang
lazat-lazat". Setelah kepenatannya hilang, Sang Kancil menyusuri tebing
sungai tersebut sambil memakan dedaun kegemarannya yang terdapat disekitarnya.
Apabila tiba di satu kawasan yang agak lapang, Sang Kancil
terpandang kebun buah-buahan yang sedang masak ranum di seberang
sungai."Alangkah enaknya jika aku dapat menyeberangi sungai ini dan dapat
memakan buah-buahan tersebut” Kancil terus berfikir mencari akal bagaimana untuk
menyeberangi sungai yang sangat dalam lagi deras arusnya.
Tiba-tiba Sang KaNcil terpandang Sang Buaya yang sedang asyik
berjemur di tebing sungai. Sudah menjadi kebiasaan buaya apabila hari panas ia
suka berjemur untuk mendapat cahaya matahari.Tanpa berlengah lagi kancil terus
menghampiri buaya yang sedang berjemur lalu berkata " Hai sabahatku Sang
Buaya, apa khabar kamu pada hari ini?" buaya yang sedang asyik menikmati
cahaya matahari terus membuka mata dan didapati Sang Kancil yang menegurnya
tadi "Khabar baik sahabatku Sang Kancil" sambung buaya lagi
"Apakah yang menyebabkan kamu datang ke mari?" jawab Sang Kancil
"Aku membawa khabar gembira untuk kamu" mendengar kata-kata Sang Kancil,
Sang Buaya tidak sabar lagi ingin mendengar khabar yang dibawa oleh Sang Kancil
lalu berkata "Ceritakan kepada ku apakah berita tersebut. Kancil berkata
"Aku diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya menghitung jumlah buaya yang
terdapat di dalam sungai ini kerana Raja Sulaiman ingin memberi hadiah kepada
kamu semua". Mendengar saja nama Raja Sulaiman sudah menggerunkan semua
binatang kerana Nabi Sulaiman telah diberi kebesaran oleh Allah untuk
memerintah semua makhluk di muka bumi ini. "Baiklah, kamu tunggu di sini,
aku akan turun ke dasar sungai untuk memanggil semua kawan aku" kata Sang
Buaya. Sementara itu Sang Kancil sudah berangan-angan untuk menikmati
buah-buahan.
Tidak lama kemudian semua buaya yang berada di dasar sungai
berkumpul di tebing sungai. Sang Kancil berkata "Hai buaya sekelian, aku
telah diperintahkan oleh Nabi Sulaiman supaya menghitung jumlah kamu semua
kerana Nabi Sulaiman akan memberi hadiah yang istimewa pada hari ini".
Kata kancil lagi "Beraturlah kamu merentasi sungai bermula daripada tebing
sebelah sini sehingga ke tebing sebelah sana kerana perintah tersebut adalah
datangnya daripada Nabi Sulaiman. Semua buaya segera beratur tanpa membantah.
Kata Buaya tadi "Sekarang hitunglah, kami sudah bersedia" Sang Kancil
mengambil sepotong kayu yang berada di situ lalu melompat ke atas buaya yang
pertama di tepi sungai dan ia mula menghitung dengan menyebut "Satu dua
tiga lekuk, jantan betina aku ketuk" sambil mengetuk kepala buaya
begitulah sehingga kancil berjaya menyeberangi sungai. Apabila sampai ditebing
sana kancil terus melompat ke atas tebing sungai sambil bersorak kegembiraan
dan berkata" Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu bahawa aku telah
menipu kamu semua dan tidak ada hadiah yang akan diberikan oleh Nabi Sulaiman.
Mendengar kata-kata Sang Kancil semua buaya berasa marah dan
malu kerana mereka telah ditipu oleh Sang Kancil. Mereka bersumpah dan tidak
akan melepaskan Sang Kancil apabila bertemu pada masa akan datang. .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan