Sabtu, 24 November 2012

PENGGUNAAN KATA BANYAK MAKNA - KATA DASAR
1. alamat : a) Tanda
                b) Tempat Tinggal
a) Awan mendung alamat akan hujan.
b) Posmen menghantar surat berdasarkan alamat pada sampul surat.
2.  Baharu :  a) Tidak ada sebelumnya
                   b) Moden
                   c) Segar
                   d) Sekejap, sebentar
a) Bangunan pencakar langit itu baharu dibina.
b) Banyak barang ciptaan baharu di pasaran.
c) Sayur-sayuran itu baharu dipetik dari kebun.
d) Adik baharu balik dari sekolah.
3.  Bangkit : a) Jaga daripada tidur
                   b) Hidup kembali
                   c) Naik (adunan)
                   d) Terbit 
                   e) Sedar untuk bergerak
                   f) Berdiri daripada duduk
a) Adik bangkit pukul 5.00 pagi.
b) Pada hari kiamat semua mayat akan bangkit dari kubur.
c) Kek itu bangkit dengan elok setelah dibakar.
d) Akibat diusik, kemarahan Alif mula bangkit.
e) Akibat terlalu lama hidup dalam kemiskinan, anaknya bangkit untuk membela keluarga.
f) Alice Lee bangkit dari kerusi untuk menjawab pertanyaan gurunya,
UNTUK MEMBACA LEBIH LANJUT SILI KLIK PAUTAN DI BAWAH
PANGGILAN HORMAT

1.  Panggilan turun temurun

LELAKI
Tunku                      = Yang Mulia
Ungku/Engku          = Yang Mulia
Ku/Tengku               = Yang Mulia
Raja                          = Yang Mulia
Syed                         = Syed
Sheikh                      = Sheikh

WANITA
Tunku                      = Yang Mulia
Ungku                     = Yang Mulia
Ku                           = Yang Mulia
Raja                        = Yang Mulia
Sharifah                  = Puan/Cik
Siti                          = Puan Cik

2.  Panggilan Diraja
     2.1  Yang di-Pertuan Agong dan Raja - Raja

K.D.Y.M.M                                    = Seri Paduka Baginda
Sultan Kedah Darul Aman             = Yang di-Pertuan Agong
Sultanah Kedah Darul Aman         = Raja Permaisuri Agong
K.D.Y.M.M                                    = Seri Paduka Baginda

LELAKI

D.Y.M.M                          = Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus
K.D.Y.M.M                      = Sultan Pahang
K.D.Y.M.M                      = Al-Sultan Kelantan
D.Y.M.M Baginda           = Sultan Johor
D.Y.M.M Paduka Seri     = SultanPerak Darul Ridzuan
D.Y.M.M                         = Sultan Terengganu
D.Y.M.M                         = Sultan Selangor

WANITA
D.Y.M.M                         = Tuanku Ampuan Negeri Sembilan
D.Y.M.M                         = Sultanah Pahang
D.Y.M.M                         = Raja Perempuan Kelantan
D.Y.M.M                         = Sultanah Johor
D.Y.M.M                         = Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan
D.Y.M.M                         = Permaisuri Terengganu

3. Panggilan Jawatan

LELAKI
T.Y.T           = Yang di-Pertua Negeri
Y.A.B          = Perdana Menteri
Y.A.B          = Timbalan Perdana Menteri/MB/KM
Y.B              = Menteri/Timbalan Menteri/Setiausaha Parlimen
Y.B              = Yang di-Pertua Dewan Negara/ Dewan Rakyat
Y.B             = A.D. Negara/ D.R. dan Ahli Dewan Undangan Negeri

WANITA
Y.A.Bhg.     = Isteri Yang di-Pertua Negeri
Y.A.Bhg.     = Isteri Perdana Menteri
Y.A.Bhg.     = Isteri Timbalan Perdana Menteri/MB/KM
Y.Bhg.         = Isteri Menteri/Timbalan Menteri/ Setiausaha Parlimen
Y.Bhg.         = Isteri Yang di-Pertua Dewan Negara/ Dewan Rakyat
Y.Bhg.         = Isteri A.D Negara/ D.R dan Ahli Dewan Undangan Negeri

PANGGILAN HORMAT KERANA DIKURNIAKAN DARJAH KEBESARAN

Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N) 
Lelaki : Tun
Wanita : Tun

Gelaran untuk isteri : Toh Puan

Panggilan Hormat untuk penerima : Y.A. Bhg.
Panggilan untuk Isteri : Y.A.Bhg.
Panggilan untuk suami : Y.A.Bhg.

Seri Setia Mahkota (S.S.M)
Lelaki : Tun
Wanita : Tun

Gelaran untuk isteri : Toh Puan

Panggilan Hormat untuk penerima : Y.A. Bhg.
Panggilan untuk Isteri : Y.A.Bhg.
Panggilan untuk suami : Y.A.Bhg.

Panglima Mangku Negara (P.M.N)
Lelaki :Tan Sri
Wanita : Tan Sri

Gelaran untuk isteri : Puan Sri

Panggilan Hormat untuk penerima : Y. Bhg.
Panggilan untuk Isteri : Y.Bhg.
Panggilan untuk suami : Y.Bhg.

Panglima Setia Mahkota (P.S.M)
Lelaki : Tan Sri
Wanita : Tan Sri

Gelaran untuk isteri : Puan Sri

Panggilan Hormat untuk penerima : Y.Bhg.
Panggilan untuk Isteri : Y.Bhg.
Panggilan untuk suami : Y.Bhg.

Panglima Jasa Negara (P.J.N)
Lelaki :Datuk
Wanita :Datuk

Gelaran untuk isteri : Datin

Panggilan Hormat untuk penerima : Y.Bhg.
Panggilan untuk Isteri : Y.Bhg.
Panggilan untuk suami : Y.Bhg.

Panglima Setia Diraja (P.S.D)
Lelaki :Datuk
Wanita :Datuk

Gelaran untuk isteri : Datin

Panggilan Hormat untuk penerima : Y.Bhg.
Panggilan untuk Isteri : Y.Bhg.
Panggilan untuk suami : Y.Bhg.

 PANGGILAN KEAGAMAAN

Panggilan Hormat :
          Tuan                      (Lelaki - Haji)  (Wanita  - Hajjah)
 Sahibus Samahah           (Lelaki - Mufti)
Sahibul Fadilah               (Lelaki - kadi Besar / Kadi)
Al- Fadil                          (Lelaki - Tuan Guru / Ustaz)
Ayat Majmuk.
Definisi
Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu.
Contoh
1.  Ali sedang membaca buka dan Fatimah sedang membuat latihan matematik.
a)  Ali sedang membaca buku.
b)  Fatimah sedang membuat latihan matematik.
2.  Abu rajin tetapi adiknya malas.
a)  Abu rajin.
b)  Adiknya malas.    
3.Guru sekolah saya tekun dan berdedikasi.
a)  Guru sekolah saya tekun.
b)  Guru sekolah saya berdedikasi
4.  Dia membeli buku yang tebal.
a)  Dia membeli buku.
b)  Buku itu tebal.
5.  Ayah mendapat berita bahawa abang telah tamat latihan.
a)  Ayah mendapat berita.
b)  Abang telah tamat latihan.
Jenis Ayat Majmuk.
Terdapat 3 jenis utama:
1.  Ayat majmuk gabungan.
2.  Ayat majmuk pancangan.
3.  Ayat majmuk campuran.
Ayat majmuk gabungan
Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang menjadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, dan sebagainya.
Contohnya:
1.  Murid-murid berlari dan menyanyi.
2.  Ahmad kurus tetapi adiknya gemuk.
3.  Encik hendak ke sekolah atau hendak ke pejabat?
Ayat-ayat yang disambungkan itu setara sifatnya, iaitu ayat-ayat itu sama taraf dan boleh berdiri sendiri.  Hubungan antara satu ayat dengan yang lain wujud oleh sebab ayat-ayat tersebut disusun berturut-turut.
Ayat-ayat ini boleh juga disambungkan tanpa kata hubung; apabila ini berlaku, nada suara berfungsi sebagai penanda, iaitu disuarakan sebagai deretan pernyataan.
1.  Ali berdiri tegak, memerhatikan gerak-geri mereka.
2.  Penari-penari itu sungguh santun, melenggok ke kiri, melenggok ke kanan.
Dalam contoh di atas, kelihatan bahawa ayat-ayat yang digabungkan itu, dalam bentuk tulisan, dipisahkan oleh tanda baca koma (,).
Ayat majmuk pancangan .
Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara.
Ini bermakan dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat kecil.
Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubungan seperti yang, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya.
Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatu ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan.
  
Ayat Majmuk Campuran.
Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat.
Ayat ini mungkin terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk gabungan atau ayat majmuk pancangan.
Biasanya, ayat jenis ini panjang.
Panjang pendek bukanlah kriteria ayat majmuk campuran tetapi bilangan subjek dan predikatnya atau bilangan klausanya.
Perhatikan contoh-contoh di bawah.
Klausa utama ditandakan `U' dan bilangannya dinomborkan; ayat kecil ditandakan 'K' dan bilangannya dinomborkan.

Rabu, 31 Oktober 2012

TIPS MENGHADAPI EXAM

Tips menghadapi EXAM Tidurlah awal pada malam sebelum peperiksaan. Tidur yang mencukupi penting supaya badan dan otak kita segar pada keesokan harinya. Sebaiknya cuba bangun seawal mungkin pada pagi hari peperiksaan. Bangun, mandi dan tunaikanlah solat sunat 2 raakat. Solat sunat apa-apa pun boleh. Sunat taubat ker, sunat hajat ker, atau sunat tahajjud pun boleh dilakukan. Doa dan minta pada Allah supaya mempermudahkan kita untuk menjawab soalan. Selepas itu,Baca surah Yaasin. Abah saya kata, Surah Yaasin adalah ‘surah yang memudahkan’. Sebab itu kalau orang sakit tenat digalakkan untuk kita baca surah Yaasin supaya kalau ajal nya sudah sampai, maka mudahlah roh nya untuk keluar dari jasad. Jadi, siapa yang amal membaca surah Yaasin pada pagi hari, InsyaAllah, dengan keberkatan surah ini, semua kerja-kerja kita selama satu hari tu akan dipermudah dan diselesaikan.Jadi, peruntukkan sedikit masa untuk baca surah Yaasin, setidak-tidaknya pada hari kita nak menduduki peperiksaan. Baca dan niatkan dalam hati supaya Allah bantu kita. seterusnya,Telefon ibu.Doa ibu bapa untuk anak adalah sangat mustajab. Telefon lah ibu/bapa kita sebelum menduduki peperiksaan. Minta maaf pada mereka kalau-kalau kita ada buat dosa dengan mereka. Minta mereka doakan kejayaan kita.InsyaAllah, dengan berkat doa ibu/bapa, Allah pasti beri kejayaan pada kita. Pergi ke tempat peperiksaan lebih awal.Pastikan diri kita tiba di tempat peperiksaan setidak-tidaknya 15 minit lebih awal dari masa peperiksaan bermula. Ini bertujuan untuk mengelakkan kita daripada menjadi kelam kabut sekiranya kita terlewat.Saya pernah melihat seorang calon yang sampai lewat ke dewan peperiksaan. Memang kelam kabut dan huru hara dibuatnya. Saya lihat dia termengah-mengah, berpeluh dan nampak kusut pada wajahnya. Sedangkan pada masa itu, orang lain dah bersiap sedia dengan tenang di tempat duduk masing-masing untuk menjawab soalan. Dia pulak, memang nampak kelam kabut dan tidak tenteram. Dalam keadaan begitu, adakah anda rasa dia boleh menjawab soalan peperiksaan dengan baik?? Jadi, sila pastikan diri kita untuk datang awal ke tempat peperiksaan. Senyum dan Sapa Kalau anda sampai awal di tempat peperiksaan, cubalah untuk bertegur sapa dengan calon-calon lain. Macammana nak bertegur sapa? Mudah saja caranya, anda lontarkan senyuman, beri salam dan hulur tangan untuk bersalaman. Kemudian, perkenalkan diri dan tanya nama dia, dari mana dia datang dan apa-apa sajalah. Komunikasi ‘ringan’ dengan calon lain ini dapat mengurangkan tekanan atau kerisauan kita pada peperiksaan bakal diduduki. Dengan menegur calon lain, kita tidak akan berasa keseorangan, malah kita akan berasa lebih berkeyakinan. Kunyah gula-gula getah (/chewing gum/) Memang menjadi amalan saya semasa menghadari mesyuarat, saya akan mengunyah /chewing gum/. Mengunyah /chewing gum/ bukan saja dapat mengelakkan daripada mengantuk, malah dapat merangsang otak untuk terus berputar ligat. Mungkin tiada kajian yang membuktikan perkara ini, tapi ini adalah pengalaman sebenar saya. Saya berasa otak saya tepu kalau tak mengunyah /chewing gum/ semasa/meeting/. Jadi, sebelum peperiksaan, saya pasti akan membeli /chewing gum/ dan meletakkan dalam poket. Dan sepanjang peperiksaan berjalan, mulut saya memang akan terkumat-kamit mengunyah chewing gum. Alhamdulillah, cara ini bukan saja membuatkan saya berasa segar, malah saya rasa otak saya lebih /pick-up /daripada biasa. Jadi, kepada yang tak pernah mencuba tips ini. Cubalah kunyah ‘/chewing gum/‘ semasa anda menduduki sebarang peperiksaan. Baca selawat kalau ada soalan yang sukar Kalau ada soalan-soalan yang sukar untuk dijawab, selawat lah ke atas Nabi SAW sebanyak 3 kali. Dan kemudian, baca kembali soalan dan jawablah dengan sebaik mungkin. Ucap Alhamdulillah dan bertawakal kepada Allah Selepas habis menjawab semua soalan. Ucapkanlah Alhamdulillah dan bertawakal lah kepada Allah. Yakin dan bersangka baik lah dengan Allah bahawa Allah akan memberikan kejayaan pada kita berkadar dengan usaha yang kita telah lakukan. Akhir sekali, Muhasabah diri Selepas peperiksaan telah selesai semuanya, muhasabah lah diri. Catatkan kelemahan-kelemahan atau kekurangan-kekurangan yang kita telah lakukan dalam menghadapi peperiksaan. Catatan ini penting supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan dan anda akan dapat mempertingkatkannya pada masa-masa yang akan datang.

Ahad, 14 Oktober 2012

Ciri-Ciri Murid Pemulihan Khas

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA...

Tekun Membuat Latihan
Murid-murid pemulihan khas mempunyai bermacam ciri yang membezakannya dengan murid-murid lain yang tahap pembelajarannya adalah normal di dalam kelas.

Ciri-ciri kanak-kanak pemulihan juga boleh dikelaskan kepada 5 kategori, iaitu emosi dan tingkahlaku, sosial, kesihatan, kesediaan belajar dan pengamatan.

Antara ciri-ciri murid pemulihan khas adalah seperti berikut:
a.  
 1) Emosi dan Tingkahlaku
  • Mempunyai perasaan rendah diri dan risau.
  • Mempunyai perasaan sedih, hiba atau duka.
  • Cepat berasa bosan atau jemu terhadap pelajaran.
  • Mempunyai perasaan takut akan perkara-perkara baru.
  • Bersikap degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka melawan.
  • Bersikap pasif.
  • Malas

2) Sosial
  • Sentiasa berasa gelisah dan selalu bergerak di dalam bilik darjah serta mengganggu kawan-kawan.
  • Lemah / kurang interaksi dengan rakan.
  • Mempunyai perangai ganjil seperti gemar menghisap atau menggigit jari/kuku.
  • Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan.
  • Suka berbohong dan kadang-kadang mencuri.
  • Hyper aktif.

3) Kesihatan
  • Tidak bertenaga serta kurang zat makanan.
  • Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang (gemuk/kurus).
  • Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan).
  • Lemah gerakan motor-kasar dan halus.
  • Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk.
  • Kurang menjaga kebersihan diri.

4) Kesediaan Belajar
  • Belum bersedia untuk belajar.
  • Perbendaharaan kata kurang.
  • Lemah pemahaman.
  • Kurang keyakinan diri dan rangsangan.
  • Kurang matang – IQ tidak seimbang dengan umur hayat.

5) Pengamatan
  • Tidak boleh mengenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan.
  • Lemah terhadap pendengaran bunyi dan rentak.
  • Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah.
  • Lambat mengelaskan benda atau nombor.
  • Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru.
  • Tidak dapat menyelesaikan masalah.
  • Sukar mengambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang.
  • Tidak dapat membuat kerja-kerja yang kreatif.
  • Lemah pergerakan dan perbuatan.
  • Lemah daya pemikiran/ingatan.
  • Tidak boleh mengingat kembali apa yang telah dipelajari.
  • Sukar untuk membuat kenyataan am

Sabtu, 13 Oktober 2012

JIWA TENANG,KELUARGA BAHAGIA NIKMAT TERBESAR DIKECAPI MUKMIN..
NIKMAT terbesar dikecapi umat Islam ialah menjadi orang beriman kerana tidak akan ada kepercayaan yang diterima di sisi Allah selain daripada kepercayaan agama Islam dan tidak akan ada lagi nabi selain daripada Nabi Muhammad.

Namun, di kalangan orang beriman itu ada pula di kalangan mereka yang beruntung. Keuntungan mereka itu disebabkan oleh beberapa perkara seperti dijelaskan dalam surah al-Mukminun, ayat 1-9 bermaksud:

“Sesungguhnya beruntunglah orang beriman. Iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya. Orang yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan tiada berguna. Dan orang menunaikan zakat. Dan orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri mereka atau budak yang mereka miliki, maka mereka dalam hal ini tiada tercela, barang sesiapa yang mencari yang sebaliknya, maka mereka itulah orang yang melampaui batas. Dan orang yang memelihara amanat yang dipikulnya dan janjinya. Dan orang yang memelihara solatnya”.

Dalam ayat itu dapat difahami ada enam perkara dilakukan oleh orang mukmin akan menyebabkan mereka menjadi orang beruntung.

Pertama, mereka adalah orang mukmin yang khusyuk solatnya. Ali Abi Talib menjelaskan khusyuk itu adalah kekhusyukkan hati.

Penjelasan Ali ini diperkuatkan oleh Hassan al-Basri yang menjelaskan bahawa kekhusyukan mereka itu berada di dalam hati mereka sehingga kerananya mereka menundukkan pandangan serta merendahkan diri.

Khusyuk dalam solat hanya akan dapat dilakukan orang memfokuskan hati padanya dengan melupakan pelbagai aktiviti selain mengerjakan solat itu semata-mata serta mengutamakan solat ke atas aktiviti yang lain.

Pada saat itulah akan terwujudnya ketenangan dan kebahagiaan baginya seperti dijelaskan oleh Rasulullah dalam sebuah hadis daripada Anas bahawa Rasulullah bersabda:

“Diberikan kepadaku kecintaan terhadap yang baik dan terhadap wanita, dan dijadikan solat untukku sebagai amalan yang paling menyenangkan”. (Hadis riwayat Imam Ahmad dan An-Nasai)

Kedua, orang mukmin menjauhkan dirinya daripada perbuatan dan percakapan yang tidak berguna seperti dari perbuatan batil, syirik, maksiat dan yang tidak membawa faedah untuk dirinya seperti dijelaskan oleh Allah dalam firman-Nya dalam surah al-Furqan, ayat 72 bermaksud:

“Dan apabila mereka bertemu dengan (orang) mengerjakan perbuatan tidak berfaedah, mereka lalu (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya.”

Ketiga, orang mukmin menunaikan zakat kerana pada harta dimiliki oleh seseorang itu ada hak orang lain perlu dilunaskan. Ia dijelaskan Allah dalam surah al-An’am, ayat 141 bermaksud:

“Dan keluarkan haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya. Dijelaskan juga dalam ayat lain dengan mengeluarkan zakat itu dapat menyucikan jiwa seseorang mukmin.”

Ia dijelaskan Allah dalam firman-Nya dalam surah As-Syam, ayat 9-10 bermaksud:

“Sesungguhnya beruntunglah orang menyucikan jiwanya dan sesungguhnya rugilah orang mengotorinya.”

Keempat, orang mukmin memelihara kemaluannya daripada perkara haram dengan tidak terjerumus dalam hal yang dilarang Allah sama ada dalam perzinaan dan homoseksual.

Mereka tidak akan mendekati seseorang melainkan isteri mereka sendiri dihalalkan oleh Allah. Malah Imam Shafie menggunakan ayat ini juga untuk mengharamkan onani.

Kelima, orang mukmin memelihara amanah diberikan dan janji dijanjikan. Mereka melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin apabila diberi tugas untuk dipikulnya dan tidak terlintas dalam hati sanubarinya untuk mengkhianati amanah itu. Dan jika mereka berjanji atau melakukan akad perjanjian, mereka akan menepatinya, tidaklah mereka ini seperti orang munafik.

Keenam, orang mukmin memelihara solatnya dengan melaksanakannya tepat pada waktunya.

“Ibn Mas’ud pernah bertanya kepada Rasulullah: Ya Rasulullah, apakah amal perbuatan disukai Allah? Baginda menjawab: Solat pada waktunya. Lalu apa lagi, tanyaku. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua orang tua. Kemudian apa lagi, tanyaku: Baginda menjawab: ‘Jihad di jalan Allah’.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Melalui enam perkara itu akan membezakan antara keuntungan seseorang
mukmin dengan mukmin lain. Ia bererti, tidak semua orang mukmin beruntung.

Hasil amalan itu, mereka akan ditempatkan oleh Allah dalam syurga Firdaus. Ia dijelas Allah juga dalam surah al-Mukminun, ayat 10-11 bermaksud:

“Mereka itulah orang berhak mewarisi. Yang akan mewarisi syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya.”

Rasulullah mengajar kepada umat Islam, sekiranya ingin memohon syurga Allah, maka mintalah syurga. Ia dijelaskan dalam hadis yang Rasulullah bersabda:

“Jika kamu meminta syurga Allah, maka mintalah syurga Firdaus, kerana sesungguhnya Firdaus adalah syurga yang paling tinggi dan paling tengah. Darinya terpancar sungai-sungai syurga dan di atasnya ada Arasy Rabb yang Maha Pemurah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

INTI PATI
Amalan orang mukmin

1.Khusyuk solat.
2.Menjauhkan dirinya daripada perbuatan dan percakapan yang tidak berguna seperti dari perbuatan batil, syirik dan maksiat.
3.Memelihara kemaluannya daripada perkara haram seperti perzinaan dan homoseksual.
4.Menunaikan zakat.
5.Memelihara amanah dan janji.
6.Solat tepat pada waktu.

Rabu, 10 Oktober 2012

12 BARISAN DI AKHIRAT..

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah an-Naba':18


Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA

Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA

Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETIGA

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEEMPAT

Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN KELIMA

Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM

Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH

Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN

Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEMBILAN

Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH

Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEBELAS

Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS

Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."

Selasa, 9 Oktober 2012

SEKITAR HARI PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SKMG 2012






HARI PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SKMG 2012


AKTIVITI PEMBAHAGIAN KUMPULAN DAN MENDIRIKAN KHEMAH


BERSAMA JURULATIH BIG MENIKMATI HIDANGAN KAMBING PANGGANG


Sabtu, 25 Ogos 2012


Hikayat Sang Kancil Dan Buaya.

Pada suatu hari yang tenang,terlihat Sang Buaya sedang bergembira melompat-lompat dan bermandi manda sementara rakan-rakannya sedang tidur.Sungguh seronok Sang Buaya.

Setelah selesai bermain dan mandi, Sang Buaya pun pergi ke pokon untuk berehat seketika.Ketika ia hendak duduk,ia telah terduduk di atas kulit durian.
"Adoi!!Kurang asam.Siapa yang membuang kulit durian di sana sini.Pakailah tong sampah!,"kata Sang Buaya menahan sakit.
Lalu di baling nya kulit durian itu lalu termasuk ke dalam mulut kawannya.

Sementara itu,kelihatan Sang Kancil yang sedang berjalan-jalan mencari makanan.Setelah mencari ke sana-sini,ia pon terlihat Sang Buaya sedang enak tidur di tepi sungai.Ia jugak telah terlihat sepohon pokok jambu di seberang sungai itu.
"Emm,nyenyaknya Buaya-buaya itu tidur,"kata Sang Kancil melihat Buaya.
"Alangkah sedapnya buah itu,aku sedang kelaparan.Baik aku pergi ke sana untuk makan,"kata Sang Kancil.

Ketika Sang Kancil hendak berkira-kira untuk melintas,Sang Ikan telah menegurnya.
"Jaga-jaga Kancil,jangan disangka air yang tenang tiada buaya," kata Sang Ikan.
"Saya tak takut,Buaya semua sedang nyenyak,"kata Sang Kancil.
"Iya Kancil,tapi air sungai ini dalam Kancil,tentu engkau akan hanyut.Saya ingatkan saja.Jumpa lagi,"kata Sang Ikan lagi lalu Sang Ikan berenang kembali ke dalam sungai.
"Terima kasih Ikan,baik betul Ikan,kalau tidak tentu aku susah,"kata Sang Kancil.
"Bagaimana hendak menyeberang sungai?Hah,aku ada satu akal,"kata Sang Kancil.

Lalu Sang Kancil pun pergi menegur Sang Buaya.
"Sang Buaya,Sang Buaya,"panggil Sang Kancil.Namun Sang Buaya tidak menyahut.Lalu Sang Kancil menjerit lagi,"Sang Buaya!!,"jerit Sang Kancil.Sang Buaya yang sedang enak tidur pun terkejut lalu melompat.
"Engkau Kancil,nasib baik aku tak meninggal.Hilang semangat aku.Berani kau Kancil,tak tahu ke buaya suka makan daging kancil,"kata Sang Buaya.

"Iya Sang Buaya,tapi aku ada pesanan penting dari orang kaya,"kata Sang Kancil.
"Pesanan penting??,"kata Sang Buaya.
"Ya Sang Buaya.Orang kaya menyuruh aku mengira binatang-binatang di dalam hutan ini supaya diadakan MAKAN,"kata Sang Kancil.

"MAKAN?,"kata Sang Buaya.
"MAKAN?MAKAN?,"kata buaya yang lain bersambung-sambungan sambil meluru ke arah Sang Buaya dan Sang Kancil terkocoh-kocoh.
"Ayuh Kancil,kita mula mengira sekarang juga,"sahut Sang Buaya.Namun begitu Sang Buaya telah dilanggar buaya-buaya lain yang gelojoh.
"Adoiii,sakitnya,takde disiplin punya buaya,"adu Sang Buaya setelah dilanggar buaya yang lain.

"Buaya-buaya sekalian,berkumpul.,"arah Sang Buaya kepada kawan-kawannya.
Maka berbarislah buaya-buaya sekalian dengan tertib.
"Emm,Sang Buaya,lebih senang dikira sekiranya berkumpul di dalam sungai,mungkin ada yang tertinggal,"kata Sang Kancil.
"Ye juge,buaya sekalian,berkumpul di dalam sungai,"kata Sang Buaya sambil mengarah buaya lain.

"Kancil akan mula mengira kamu semua,"kata Sang Buaya kepada buaya yang lain.Sang Kancil pun bersiap sedia untuk mengira bilangan buaya.

"Satu".Lalu buaya yang pertama terasa geli.Lalu Sang Kancil berkata,"geli konon".Lalu Sang Kancil terus melompat untuk mengira.
"Satu dua tiga lekuk,"kira Sang Kancil.
"Jantan betina aku ketuk,"sambung Sang Kancil lagi sehingga ia sampai ke seberang sungai.

"Semuanya berapa Kancil?,"tanya Sang Buaya.
"Ada 9 ekor buaya yang bodoh,"kata Sang Kancil.
Terkejut lah kesemua buaya.
"Hah!!,"jerit kesemua buaya.
"Sebenarnya aku hanya hendak menyeberang sungai ini,heheheheh,"ketawa Sang Kancil.

"Jadi tiada lah makan,kita kena tipu,ini semua kau punya pasal,"kata seekor buaya.
"Betul!,"sahut buaya yang lain.
Lalu larilah Sang Buaya dikejar kawan-kawannya.

"Alamak,nasib baik terlepas.Tunggu kau Kancil,"kata Sang Buaya menahan marah.
Namun begitu,Sang Kancil telah terlambat kerana monyet telah memakan kesemua buah jambu itu sehingga habis.Melepaslah Sang Kancil yang malang untuk makan.
Sepandai pandai kancil, melepas juga buah jambu.
Bak kata pepatah,sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah juga.

Jumaat, 24 Ogos 2012

Ayat Tunggal


Ayat Tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Ayat Tunggal juga dikenali sebagai ayat selapis.
Contoh :
Subjek Predikat
1. Mereka sedang menghadiri mesyuarat.
2. Adik bemain bola di padang.
3. Murid-murid sedang membaca buku di perpustakaan.

Ayat Perintah

Ayat Perintah

Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Ayat perintah boleh dibahagikan kepada 4 jenis berikut:
i)    Ayat suruhan
ii)   Ayat larangan
iii)  Ayat silaan
iv)  Ayat permintaan
(Nik Safiah Karim et.al : 2004: 428)
i)    Ayat Suruhan
      Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat suruhan ialah ayat yang diucapkan
      dengan tujuan memberi perintah atau arahan.
ii)   Ayat Larangan
      Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat larangan ialah ayat yang
      menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau tak usah sebelum kata kerja
      dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu.
      (Nik Safiah Karim et. al : 2004 :430)
iii)  Ayat Silaan
      Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat silaan ialah ayat yang menggunakan
      kata silaan seperti sila atau jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau
      mempersilakan seseorang.
      (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 430)
iv)  Ayat Permintaan
      Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat permintaan ialah ayat yang
      menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong dengan tujuan memohon
      permintaan atau pertolongan.

Ayat Penegas

Ayat Penegas
Ayat Penegas disertai dengan kata penegas seperti ada, adalah dan ialah.
 
Kata Penegas Penggunaan Contoh Ayat
Ada Digunakan untuk menegaskan maksud frasa kerja. 1. Pasukan Pengakap ada berkhemah di sini semalam.
Adalah Ialah Digunakan untuk menegaskan maksud frasa nama, frasa sendi, frasa adjektif. 1.
2.

3.
Bungkusan ini adalah untuk Halimah.
Pemuda yang tinggi itu ialah abang saya.
Banjaran Titiwangsa adalah banjaran yang terbesar di Malaysia.

Ayat Majmuk

Ayat Majmuk       
Ayat Majmuk mencantumkan dua ayat tunggal.
Ayat Majmuk Gabungan
Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencatumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi dan sebagainya. (Nik Safiah Karim et. al: 2004:478).
Ayat Majmuk Gabungan mengabungkan dua ayat tunggal atau lebih. Ayat bersifat setaraf setaraf atau sama penting.
Ayat Majmuk Pancangan
Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat majmuk terdiri daripada beberapa ayat yang kedudukan antara ayat-ayat itu tidak sama (Nik Safiah Karim et. al: 2004:483). Ayat Majmuk Pancangan terdiri daripada satu ayat induk dan satu atau lebih ayat kecil.
Ayat Majmuk Pancangan Jenis Relatif.
Ayat Majmuk Pancangan Jenis Relatif menggunakan kata hubung 'yang' untuk menyambungkan dua ayat itu.
Contoh:
1.    Budak yang pandai itu adik Siti.
Ayat Majmuk Pancangan Jenis Komplemen
Ayat kecil dipancangkan ke dalam ayat induk.
Contoh:
1.    Ketua Jabatan mencadangkan supaya permohonan itu diterima.
2.    Pemberita itu menyatakan bahawa projek perumahan yang terbelangkalai itu 
       dipulihkan semula.
3.    Ibu bapa datang ke sekolah untuk menghadiri mesyuarat tersebut.
Ayat Majmuk Pancangan Jenis Keterangan
Contoh:
1.    Kamu akan mencapai cita-cita sekiranya kamu berusaha dengan tekun.
2.    Mereka berdiri tegak apabila lagu kebangsaan dinyanyikan.
3.    Murid itu lewat kerana ketinggalan bas.

Ayat Tanya

Ayat Tanya
Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu, ayat tanya dapat digolongkan kepada dua jenis, iaitu
i)  Ayat tanya tanpa kata tanya.
ii) Ayat tanya dengan kata tanya.
(Nik Safiah Karim et. al: 2004:423)
Ayat tanya digunakan untuk menanya sesuatu perkara. Terdapat ayat tanya biasa, ayat tanya sonsang, ayat tanya dengan kata tanya dan ayat tanya tanpa kata tanya.
Kata tanya yang digunakan dalam ayat tanya adalah seperti; apa, bila, mana, siapa, bagaimana, mengapa, kenapa dan berapa.
Kata Tanya Penggunaan
Apa Benda, binatang
Bila Masa
Mana Tempat
Siapa Orang
Bagaimana Cara
Mengapa Sebab
Kenapa Sebab
Berapa
Bilangan
Ayat Tanya Biasa
Subjek di depan dan predikat di belakang.
Subjek Predikat
Orang itu siapa?
Ayat Tanya Songsang
Predikat dikedepankan, subjek dikebelakangkan.
Predikat Subjek
Siapakah orang itu?
Ayat Tanya Dengan Kata Tanya
Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat tanya yang menggunakan kata tanya seperti; apa, siapa, berapa, mengapa dan bagaimana.
(Nik Safiah Karim et.al: 2004: 426)
1.   Mengapakah kamu berdua datang lambat ke sekolah pada hari ini?
2.   Bilakah ibu bapa kamu akan pulang dari Perak?
Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Nada tanya ini dilambangkan dengan tanda soalan (?). (Nik Safiah Karim et.al: 2004:423)
1.   Encik Chandran pengarah syarikat itu?

Ayat Penyata

Ayat Penyata menyatakan tentang suatu perkara.
Contoh:
        1.  Ibu menjahit baju adik
        2.  Pokok rambutan sudah berbuah.
        3.  Harimau itu sangat garang.

Khamis, 23 Ogos 2012

Selamat hari raya! Maaf Zahir & Batin...


BMM3105


BMM3105

BMM3105_PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER
Tajuk 1:
Tajuk 2
Tajuk 3
Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet
Membina BROSUR dan POWER POINT
Mengakses daripada pelbagai laman sesawang

Tajuk 4
Tajuk 5
Tajuk 6
Membina Folder Bahan
P & P Bahasa Melayu
Membina tapak pembelajaran bagi  pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
- Alamat Internet
Bahan bantu mengajar yang menggunakan
•          struktur hierarki,
•          komposit,
•          linear dan rangkaian

Tajuk 7
Tajuk 8
Tajuk 9
Model pemprosesan maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian dan luar talian menggunakan bahan yang sama
Latihan mengedit maklumat berkaitan bahan pengajaran Bahasa Melayu
Secara dalam talian

Tajuk 10
Tajuk 11
Tajuk 12
Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran antara kumpulan
Mengadakan sidang video untuk mengajarkan kemahiran mendengar bertutur
Menyediakan RPH Bahasa Melayu Tahap I dan Tahap 2 yang telah disunting menggunakan alat pengarangan-

Tajuk 13
Tajuk 14
Tajuk 15
Menghasilkan persembahan PPT  bahan  Bahasa Melayu dengan memanipulasikan animasi yang sesuai  berdasarkan RPH
Menggunakan CD Pembelajaran dalam Pengajaran dan pembelajaran
Seminar dan Pameran TMK dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini dan Mendatang-