Ayat Tanya
Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu, ayat tanya dapat digolongkan kepada dua jenis, iaitu
i) Ayat tanya tanpa kata tanya.Ayat tanya digunakan untuk menanya sesuatu perkara. Terdapat ayat tanya biasa, ayat tanya sonsang, ayat tanya dengan kata tanya dan ayat tanya tanpa kata tanya.
ii) Ayat tanya dengan kata tanya.
(Nik Safiah Karim et. al: 2004:423)
Kata tanya yang digunakan dalam ayat tanya adalah seperti; apa, bila, mana, siapa, bagaimana, mengapa, kenapa dan berapa.
Kata Tanya | Penggunaan |
Apa | Benda, binatang |
Bila | Masa |
Mana | Tempat |
Siapa | Orang |
Bagaimana | Cara |
Mengapa | Sebab |
Kenapa | Sebab |
Berapa |
Bilangan
|
Ayat Tanya Biasa
Subjek di depan dan predikat di belakang.
Subjek | Predikat |
Orang itu | siapa? |
Ayat Tanya Songsang
Predikat dikedepankan, subjek dikebelakangkan.
Predikat Subjek Siapakah orang itu? Ayat Tanya Dengan Kata Tanya
Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat tanya yang menggunakan kata tanya seperti; apa, siapa, berapa, mengapa dan bagaimana.
(Nik Safiah Karim et.al: 2004: 426)
1. Mengapakah kamu berdua datang lambat ke sekolah pada hari ini?
2. Bilakah ibu bapa kamu akan pulang dari Perak?Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Nada tanya ini dilambangkan dengan tanda soalan (?). (Nik Safiah Karim et.al: 2004:423)
1. Encik Chandran pengarah syarikat itu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan