Sabtu, 25 Ogos 2012


Hikayat Sang Kancil Dan Buaya.

Pada suatu hari yang tenang,terlihat Sang Buaya sedang bergembira melompat-lompat dan bermandi manda sementara rakan-rakannya sedang tidur.Sungguh seronok Sang Buaya.

Setelah selesai bermain dan mandi, Sang Buaya pun pergi ke pokon untuk berehat seketika.Ketika ia hendak duduk,ia telah terduduk di atas kulit durian.
"Adoi!!Kurang asam.Siapa yang membuang kulit durian di sana sini.Pakailah tong sampah!,"kata Sang Buaya menahan sakit.
Lalu di baling nya kulit durian itu lalu termasuk ke dalam mulut kawannya.

Sementara itu,kelihatan Sang Kancil yang sedang berjalan-jalan mencari makanan.Setelah mencari ke sana-sini,ia pon terlihat Sang Buaya sedang enak tidur di tepi sungai.Ia jugak telah terlihat sepohon pokok jambu di seberang sungai itu.
"Emm,nyenyaknya Buaya-buaya itu tidur,"kata Sang Kancil melihat Buaya.
"Alangkah sedapnya buah itu,aku sedang kelaparan.Baik aku pergi ke sana untuk makan,"kata Sang Kancil.

Ketika Sang Kancil hendak berkira-kira untuk melintas,Sang Ikan telah menegurnya.
"Jaga-jaga Kancil,jangan disangka air yang tenang tiada buaya," kata Sang Ikan.
"Saya tak takut,Buaya semua sedang nyenyak,"kata Sang Kancil.
"Iya Kancil,tapi air sungai ini dalam Kancil,tentu engkau akan hanyut.Saya ingatkan saja.Jumpa lagi,"kata Sang Ikan lagi lalu Sang Ikan berenang kembali ke dalam sungai.
"Terima kasih Ikan,baik betul Ikan,kalau tidak tentu aku susah,"kata Sang Kancil.
"Bagaimana hendak menyeberang sungai?Hah,aku ada satu akal,"kata Sang Kancil.

Lalu Sang Kancil pun pergi menegur Sang Buaya.
"Sang Buaya,Sang Buaya,"panggil Sang Kancil.Namun Sang Buaya tidak menyahut.Lalu Sang Kancil menjerit lagi,"Sang Buaya!!,"jerit Sang Kancil.Sang Buaya yang sedang enak tidur pun terkejut lalu melompat.
"Engkau Kancil,nasib baik aku tak meninggal.Hilang semangat aku.Berani kau Kancil,tak tahu ke buaya suka makan daging kancil,"kata Sang Buaya.

"Iya Sang Buaya,tapi aku ada pesanan penting dari orang kaya,"kata Sang Kancil.
"Pesanan penting??,"kata Sang Buaya.
"Ya Sang Buaya.Orang kaya menyuruh aku mengira binatang-binatang di dalam hutan ini supaya diadakan MAKAN,"kata Sang Kancil.

"MAKAN?,"kata Sang Buaya.
"MAKAN?MAKAN?,"kata buaya yang lain bersambung-sambungan sambil meluru ke arah Sang Buaya dan Sang Kancil terkocoh-kocoh.
"Ayuh Kancil,kita mula mengira sekarang juga,"sahut Sang Buaya.Namun begitu Sang Buaya telah dilanggar buaya-buaya lain yang gelojoh.
"Adoiii,sakitnya,takde disiplin punya buaya,"adu Sang Buaya setelah dilanggar buaya yang lain.

"Buaya-buaya sekalian,berkumpul.,"arah Sang Buaya kepada kawan-kawannya.
Maka berbarislah buaya-buaya sekalian dengan tertib.
"Emm,Sang Buaya,lebih senang dikira sekiranya berkumpul di dalam sungai,mungkin ada yang tertinggal,"kata Sang Kancil.
"Ye juge,buaya sekalian,berkumpul di dalam sungai,"kata Sang Buaya sambil mengarah buaya lain.

"Kancil akan mula mengira kamu semua,"kata Sang Buaya kepada buaya yang lain.Sang Kancil pun bersiap sedia untuk mengira bilangan buaya.

"Satu".Lalu buaya yang pertama terasa geli.Lalu Sang Kancil berkata,"geli konon".Lalu Sang Kancil terus melompat untuk mengira.
"Satu dua tiga lekuk,"kira Sang Kancil.
"Jantan betina aku ketuk,"sambung Sang Kancil lagi sehingga ia sampai ke seberang sungai.

"Semuanya berapa Kancil?,"tanya Sang Buaya.
"Ada 9 ekor buaya yang bodoh,"kata Sang Kancil.
Terkejut lah kesemua buaya.
"Hah!!,"jerit kesemua buaya.
"Sebenarnya aku hanya hendak menyeberang sungai ini,heheheheh,"ketawa Sang Kancil.

"Jadi tiada lah makan,kita kena tipu,ini semua kau punya pasal,"kata seekor buaya.
"Betul!,"sahut buaya yang lain.
Lalu larilah Sang Buaya dikejar kawan-kawannya.

"Alamak,nasib baik terlepas.Tunggu kau Kancil,"kata Sang Buaya menahan marah.
Namun begitu,Sang Kancil telah terlambat kerana monyet telah memakan kesemua buah jambu itu sehingga habis.Melepaslah Sang Kancil yang malang untuk makan.
Sepandai pandai kancil, melepas juga buah jambu.
Bak kata pepatah,sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah juga.

Jumaat, 24 Ogos 2012

Ayat Tunggal


Ayat Tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Ayat Tunggal juga dikenali sebagai ayat selapis.
Contoh :
Subjek Predikat
1. Mereka sedang menghadiri mesyuarat.
2. Adik bemain bola di padang.
3. Murid-murid sedang membaca buku di perpustakaan.

Ayat Perintah

Ayat Perintah

Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Ayat perintah boleh dibahagikan kepada 4 jenis berikut:
i)    Ayat suruhan
ii)   Ayat larangan
iii)  Ayat silaan
iv)  Ayat permintaan
(Nik Safiah Karim et.al : 2004: 428)
i)    Ayat Suruhan
      Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat suruhan ialah ayat yang diucapkan
      dengan tujuan memberi perintah atau arahan.
ii)   Ayat Larangan
      Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat larangan ialah ayat yang
      menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau tak usah sebelum kata kerja
      dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu.
      (Nik Safiah Karim et. al : 2004 :430)
iii)  Ayat Silaan
      Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat silaan ialah ayat yang menggunakan
      kata silaan seperti sila atau jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau
      mempersilakan seseorang.
      (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 430)
iv)  Ayat Permintaan
      Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat permintaan ialah ayat yang
      menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong dengan tujuan memohon
      permintaan atau pertolongan.

Ayat Penegas

Ayat Penegas
Ayat Penegas disertai dengan kata penegas seperti ada, adalah dan ialah.
 
Kata Penegas Penggunaan Contoh Ayat
Ada Digunakan untuk menegaskan maksud frasa kerja. 1. Pasukan Pengakap ada berkhemah di sini semalam.
Adalah Ialah Digunakan untuk menegaskan maksud frasa nama, frasa sendi, frasa adjektif. 1.
2.

3.
Bungkusan ini adalah untuk Halimah.
Pemuda yang tinggi itu ialah abang saya.
Banjaran Titiwangsa adalah banjaran yang terbesar di Malaysia.

Ayat Majmuk

Ayat Majmuk       
Ayat Majmuk mencantumkan dua ayat tunggal.
Ayat Majmuk Gabungan
Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencatumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi dan sebagainya. (Nik Safiah Karim et. al: 2004:478).
Ayat Majmuk Gabungan mengabungkan dua ayat tunggal atau lebih. Ayat bersifat setaraf setaraf atau sama penting.
Ayat Majmuk Pancangan
Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat majmuk terdiri daripada beberapa ayat yang kedudukan antara ayat-ayat itu tidak sama (Nik Safiah Karim et. al: 2004:483). Ayat Majmuk Pancangan terdiri daripada satu ayat induk dan satu atau lebih ayat kecil.
Ayat Majmuk Pancangan Jenis Relatif.
Ayat Majmuk Pancangan Jenis Relatif menggunakan kata hubung 'yang' untuk menyambungkan dua ayat itu.
Contoh:
1.    Budak yang pandai itu adik Siti.
Ayat Majmuk Pancangan Jenis Komplemen
Ayat kecil dipancangkan ke dalam ayat induk.
Contoh:
1.    Ketua Jabatan mencadangkan supaya permohonan itu diterima.
2.    Pemberita itu menyatakan bahawa projek perumahan yang terbelangkalai itu 
       dipulihkan semula.
3.    Ibu bapa datang ke sekolah untuk menghadiri mesyuarat tersebut.
Ayat Majmuk Pancangan Jenis Keterangan
Contoh:
1.    Kamu akan mencapai cita-cita sekiranya kamu berusaha dengan tekun.
2.    Mereka berdiri tegak apabila lagu kebangsaan dinyanyikan.
3.    Murid itu lewat kerana ketinggalan bas.

Ayat Tanya

Ayat Tanya
Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu, ayat tanya dapat digolongkan kepada dua jenis, iaitu
i)  Ayat tanya tanpa kata tanya.
ii) Ayat tanya dengan kata tanya.
(Nik Safiah Karim et. al: 2004:423)
Ayat tanya digunakan untuk menanya sesuatu perkara. Terdapat ayat tanya biasa, ayat tanya sonsang, ayat tanya dengan kata tanya dan ayat tanya tanpa kata tanya.
Kata tanya yang digunakan dalam ayat tanya adalah seperti; apa, bila, mana, siapa, bagaimana, mengapa, kenapa dan berapa.
Kata Tanya Penggunaan
Apa Benda, binatang
Bila Masa
Mana Tempat
Siapa Orang
Bagaimana Cara
Mengapa Sebab
Kenapa Sebab
Berapa
Bilangan
Ayat Tanya Biasa
Subjek di depan dan predikat di belakang.
Subjek Predikat
Orang itu siapa?
Ayat Tanya Songsang
Predikat dikedepankan, subjek dikebelakangkan.
Predikat Subjek
Siapakah orang itu?
Ayat Tanya Dengan Kata Tanya
Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat tanya yang menggunakan kata tanya seperti; apa, siapa, berapa, mengapa dan bagaimana.
(Nik Safiah Karim et.al: 2004: 426)
1.   Mengapakah kamu berdua datang lambat ke sekolah pada hari ini?
2.   Bilakah ibu bapa kamu akan pulang dari Perak?
Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Nada tanya ini dilambangkan dengan tanda soalan (?). (Nik Safiah Karim et.al: 2004:423)
1.   Encik Chandran pengarah syarikat itu?

Ayat Penyata

Ayat Penyata menyatakan tentang suatu perkara.
Contoh:
        1.  Ibu menjahit baju adik
        2.  Pokok rambutan sudah berbuah.
        3.  Harimau itu sangat garang.

Khamis, 23 Ogos 2012

Selamat hari raya! Maaf Zahir & Batin...


BMM3105


BMM3105

BMM3105_PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER
Tajuk 1:
Tajuk 2
Tajuk 3
Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet
Membina BROSUR dan POWER POINT
Mengakses daripada pelbagai laman sesawang

Tajuk 4
Tajuk 5
Tajuk 6
Membina Folder Bahan
P & P Bahasa Melayu
Membina tapak pembelajaran bagi  pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
- Alamat Internet
Bahan bantu mengajar yang menggunakan
•          struktur hierarki,
•          komposit,
•          linear dan rangkaian

Tajuk 7
Tajuk 8
Tajuk 9
Model pemprosesan maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian dan luar talian menggunakan bahan yang sama
Latihan mengedit maklumat berkaitan bahan pengajaran Bahasa Melayu
Secara dalam talian

Tajuk 10
Tajuk 11
Tajuk 12
Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran antara kumpulan
Mengadakan sidang video untuk mengajarkan kemahiran mendengar bertutur
Menyediakan RPH Bahasa Melayu Tahap I dan Tahap 2 yang telah disunting menggunakan alat pengarangan-

Tajuk 13
Tajuk 14
Tajuk 15
Menghasilkan persembahan PPT  bahan  Bahasa Melayu dengan memanipulasikan animasi yang sesuai  berdasarkan RPH
Menggunakan CD Pembelajaran dalam Pengajaran dan pembelajaran
Seminar dan Pameran TMK dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini dan Mendatang-

Ahad, 5 Ogos 2012

PEMULIHAN


1.    Pendahuluan
            Kini masalah murid-murid ( slow learner ) di sekolah-sekolah di Negara kita telah mendapat perhatian yang serius daripada para pendidik dan ibu bapa. Perkara-perkara yang berhubung dengan masalah mereka, sebab-sebab mereka ketinggalan dan bagaimana cara hendak menolong mereka sering dibincangkan dalam seminar, forum dan persidangan-persidangan mengenai pendidikan.  Pelbagai usaha telah diambil oleh pihak kerajaan seperti melatih guru-guru pemulihan dan menempatkan mereka di sekolah-sekolah. Ini menandakan pengajaran pemulihan telah dianggap sebagai sebahagian penting daripada aktiviti-aktiviti dalam proses pengajaran di sekolah. Selain itu semua Institiut perguruan di Negara ini telah memasukkan pengajaran pemulihan dalam program latihannya. Sementara itu, dalam rombakan kurikulum sekolah rendah (KBSR) yang lebih menekankan 3M telah menjadikan taraf pengajaran pemulihan di sekolah disusun dengan lebih teratur agar ianya dapat membantu mengatasi kesulitan pembelajaran mereka pada peringkat awal. Pada masa sekarang program pemulihan ini masih diteruskan  oleh KIA 2M dan program Linus. Adalah disedari bahawa kemunduran murid-murid dalam mata pelajaran bahasa Malaysia akan membawa kesan yang buruk kepada pembelajaran dan seterusnya menjejaskan prestasi mereka dalam mata pelajaran yang lain.
            Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran KBSR ada dinyatakan bahawa murid-murid adalah berbeza dari segi kesediaan belajar dan keupayaan mereka menerima pembelajaran. Oleh itu Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberikan kemudahan agar semua murid menerima pelajaran yang sama. Rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah mengandungi program pemulihan untuk murid yang menghadapi masalah pembelajaran dan program pengayaan untuk murid-murid yang telah berjaya mencapai prestasi yang tertentu. Pelbagai kaedah yang telah dirancang supaya murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dapat dibantu. Antaranya mengadakan aktiviti prabacaan dan pratulisan.
2. Pemulihan
2.1  Definisi Pemulihan
            Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2005: 993 ). ‘Pulih’ bermaksud kembali seperti biasa ( keadaan semula ). ‘Pemulihan’ bermaksud perbuatan memulihkan, pengemballian kepada keadaan semula. Dalam konteks ini pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pengajaran pemulihan biasanya berkaitan dengan usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul. 
            Syarifah Alawiah Alsagoff ( 1983 ) pula menyatakan pemulihan ialah satu tindakan yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam kelas.Pelajar ini perlu diasingkan di dalam bilik khas agar dapat diberi tumpuan yang sepenuhnya.
            Pada pendapat saya, pemulihan merupakan langkah-langkah khas yang diambil untuk membantu murid-murid yang menghadapi pembelajaran di sekolah. Ia biasanya dilakukan dalam jangka masa yang pendek dan ditujukan khusus kepada usaha mengatasi kelemahan mereka. Pengajaran pemulihan berbeza daripada pengajaran yang biasa terdapat di sekolah. Murid yang mengikuti kelas pemulihan terdiri daripada murid yang bermasalah dalam pelajaran. Oleh sebab murid yang belajar di kelas pemulihan adalah murid yang istimewa, Pendidikan pemulihan perlu dijalankan dengan lebih teliti dan istimewa. Ianya haruslah dikendalikan oleh guru yang berkemahiran dalam bidang pemulihan.
2.2 Konsep Pemulihan
            Program pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran di dalam kelas. Murid yang mempunyai masalah dalam kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira) patut dipulihkan sebaik sahaja masalah yang dihadapi itu dapat dikesan dan ditentukan oleh guru mata pelajaran ketika belajar di dalam kelas biasa. Murid-murid ini akan ditempatkan dalam satu bilik khas dan akan menjalani aktiviti pemulihan yang dirancang khusus oleh guru pemulihan khas tersebut. Biasanya mata pelajaran yang selalu dipulihkan ialah mata pelajaran Bahasa Melau dan Matematik iaitu selaras dengan pendekatan Kurikulum Baru Sekolah Rendah di mana murid perlu menguasai kemahiran 3M ( membaca, menulis dan mengira )
3. Kemahiran Prabacaan
            Kemahiran prabacaan merupakan kemampuan dan tahap kesediaan seseorang murid untuk menerima pengajaran dari segi mental, emosi, dan fizikal.
Kesediaan dari segi mental bermaksud murid-murid dikenal pasti berupaya untuk mengingat dan memahami perkara yang diberitahu dan mampu menyampaikan pesanan dengan betul kepada orang lain.Dari segi emosi pula, murid dapat dikesan berminat dan seronok dengan bahan-bahan bacaan yang dibekalkan. Contohnya murid tersebut berminat untuk membaca buku-buku yang ada pada mereka. Selain itu, mereka juga cuba membaca perkataan yang tertera di dalam televisyen dan berminat mendengar cerita.
Jika dilihat dari sudut fizikal pula, pertuturan murid itu berupaya untuk menghasilkan bunyi-bunyi yang diajarkan,, matanya dapat mengecam pelbagai bentuk, serta boleh mengecam dan membezakan pelbagai bunyi yang diperdengarkan.
 Menurut Syed Abu Bakar (1994) aktiviti kesediaan membaca terbahagi kepada dua iaitu peringkat prabacaan dan peringkat bacaan. Peringkat prabacaan meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan, penglihatan, aktiviti koordinasi psikomotor (mata dan tangan), latihan menajamkan daya ingatan, dan latihan bahasa pertuturan.
Oleh itu, jelaslah di sini bahawa peringkat prabacaan merupakan satu tahap yang paling penting perlu dilalui oleh murid sebelum mereka mula membaca. Sekiranya murid terus diajar membaca tanpa melalui fasa persediaan dan tahap sepatutnya akan mendatangkan kesan yang negative terhadap pembelajaran kanak-kanak.




 









Rajah 1.1 Peringkat Kesediaan Membaca
3.1 Objektif Aktiviti Prabacaan
            Aktiviti prabacaan dilaksanakan supaya dapat membantu kanak-kanak menguasai kemahiran melihat iaitu mengenal pasti bentuk-bentuk yang sama dan berbeza. Selain itu, aktiviti prabacaan juga membolehkan murid-murid menguasai kemahiran mendengar dengan mengenal pasti bunyi-bunyi yang sama dan bunyi-bunyi yang berbeza. Seterusnya aktiviti ini juga dapat memastikan kanak-kanak mengenal dan menyebut huruf menjadi suku kata dan dari suku kata menjadi perkataan yang bermakna. Melalui aktiviti prabacaan juga murid dapat menyebut suku kata tertutup dan terbuka seperti mata, bapa, kakak, huruf dan sebagainya. Akhir sekali, aktiviti prabacaan juga dapat menjadikan kanak-kanak menguasai kemahiran gerak motor dan laku tangan bagi mengukuhkan penglihatan dan pengamatan.
3.2 Faedah Aktiviti Prabacaan
            Pelaksanaan aktiviti prabacaan memberikan pelbagai faedah kepada kanak-kanak. Antaranya ialah:
i)             Murid-murid dapat mencapai kemahiran dan memahami proses membaca dengan baik, menarik dan teratur kerana ia dimulai dengan peringkat asas membaca.
ii)            Dapat melahirkan murid yang cekap dan berdikari kerana mereka sudah menguasai kemahiran yang telah diajarkan.
iii)           Proses pembacaan lebih mudah diterima dan murid mampu menguasai pelajaran dengan baik malah dapat menguasai kemahiran membaca pada usia muda.
iv)           Murid akan lebih berkeyakinan untuk memulakan alam persekolahan kerana sudah dapat menguasai kemahiran membaca.
v)            Dapat memupuk minat membaca pada usia muda kerana mereka dapat membaca dengan cepat dan lancar.
3.3 Pelaksanaan Aktiviti Prabacaan
      Terdapat pelbagai aktiviti prabacaan yang boleh dilaksanakan oleh guru agar dapat membantu murid-murid sebelum mereka mula mengenal lambang-lambang huruf, menyebut suku kata, perkataan dan membaca ayat. Antaranya ialah:
a)      Aktiviti Pengamatan Penglihatan
Terdapat empat belas jenis aktiviti yang setiap satunya mempunyai tujuannya yang tersendiri dan langkah melaksanakannya, iaitu diskriminasi penglihatan, ingat kembali, orientasi kedudukan,turutanmenyudahkan atau melengkapkan, rajah ayau latar bertindih, kordibasi mata dan tangan, pertalian jarak (ruang), ketetapanbentuk atau kedudukan dalam rajah, gambar bersiri, pembalikan, mazing atau mencari jalan keluar dan benda tersembunyi.( Lihat Lampiran 1)
Aktiviti ini diajarkan bertujuan untuk melatih keupayaan mata murid-murid mengecam, membeza dan membandingkan bentuk-bentuk, gambar, benda-benda maujud dan sebagainya mengikut jenis, warna, saiz dan seumpamanya.
b)   Aktiviti Pengamatan Pendengaran
Kemahiran mendengar amat penting kepada murid-murid kerana kesilapan mendengar akan memberikan kesan yang amat besar  sama ada kepada  orang yang bercakap mahu pun kepada orang yang mendengar. Guru perlulah mengajar kemahiran mendengar kerana ia akan membantu murid-murid dalam memberikan fokus kapada pembelajaran dan kepada sebarang pekerjaan yang dilakukan.
Abd. Aziz Abd. Talib (2000: 72) menjelaskan mendengar merupakan aras dalam pembelajaran lisan. Oleh itu, kemahiran mendengar perlu diajarkan kepada murid-murid di sekolah agar mereka tidak salah menerima dan menyampaikan pesanan. Semakin tinggi pelajaran murid-murid itu, maka semakin penting kemahiran mendengar itu perlu dikuasai.
      Terdapat enam aktiviti yang boleh dilaksanakan bagi menjayakan pengamatan pendengaran, iaitu diskriminasi pendengaran, penerimaan pendengaran, perkaitan pendengaran, ingatan pendengaran, melengkapkan pendengaran dan percantuman bunyi. (Lihat Lmpiran 2 )

c.    Aktiviti Pergerakan Jari dan Mata
        Aktiviti ini dapat membantu murid-murid meningkatkan kemahiran motor halus dan kognitif murid-murid. Melalui aktiviti ini, jari-jari dan tangan murid-murid perlu dilatih untuk memudahkan mereka memegang pensel dan alat tulis yang lain apabila mereka menulis nanti.                                                                     
4. Kemahiran Pratulisan
            Pratulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh setiap orang murid bagi menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi yang khusus dan boleh diterima oleh kelompok masyarakat. Pada peringkat ini aktiviti contengan dilakukan atas permukaan benda yang sedia ada di persekitaran murid dengan menggunakan bahan yangboleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda tersebut. Contengan ini boleh dilakukan secara bebas atau secara terkawal.
            Pratulisan merupakan satu kemahiran di mana murid-murid berupaya menggunakan alat tulis dengan mengetahui teknik serta cara gerakan tangan untuk membentuk huruf. Oleh sebab itu, kemahiran pratulisan bermaksud seseorang murid itu telah bersedia dari segi mental dan fizikalnya untuk memulakan penulisan secara mekanis. Dengan kata lain, pratulisan merupakan satu tempoh di mana murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam kemahiran pratulisan,murid-murid perlu menguasai pergerakan-pergerakan motor yang dapat membantu mereka dalam penguasaan kemahiran menulis. Kemahiran ini termasuklah penguasaan kemahiran pergerakan  tangan atau mata serta koordinasi antara tangan dan mata bagi memudahkan aktiviti tulisan.
4.3 Objektif Kemahiran Pratulisan
            Aktiviti pratulisan amat penting kepada semua murid tahun satu sebelum mereka mempelajari peringkat penulisan yang selanjutnya. Antara objektif kemahiran pratulisan  ialah memberi kesediaan otot tangan dan otot jari serta mengkoordinasi mata dan tangan dengan baik. Dalam hal ini, sekiranya perkara ini berjalan dengan seiring, maka murid akan dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan cantik. Selain itu, murid juga dapat melakukan pergerakan lurus,beralun dan membuat lakaran berbentuk bulat dengan jari. Akhir sekali, murid juga boleh melakar pelbagai bentuk dengan menggunakan alat tulis dan dapat mengawal pergerakan dan kooordinasi mata dan tangan dengan melakukan pelbagai aktiviti tulisan.
4.4 Pelaksanaan Aktiviti Pratulisan
            Terdapat tiga komponen besar yang dapat dilakukan untuk melaksanakan aktiviti prabacaan. Antaranya ialah
4.4.1   Pergerakan Jari, Tangan dan Mata
            Latihan pergerakan jari, tangan dan mata merupakan satu fasa yang mesti dilalui oleh murid-murid sebelum sesuatu kemahiran menulis dilakukan.Latihan ini meliputi:
a)    Aktiviti menggerakkan jari dan tangan, di mana pergerakan boleh dilakukan mengikut irama lagu, tepukan tangan atau pergerakan anggota badan secara ‘humming’.
b)    Menggerakkan tangan, pergelangan tangan, dan jari telunjuk di atas kertas, di atas meja, di udara, di belakang kawan, di atas tapak tangan kawan, di atas pasir, di atas lantai dan seumpamanya.
c)    Aktiviti lain yang boleh dilakukan ialah mewarna secara bebas dan terkawal menggunakan pelbagaii media warna seperti krayon, pensel warna, warna air dan sebagainya. Selain itu, aktiviti menyurih gambar,melukis secara bebas atau terkawal, mengoyak, menampal, melipat, menggunting, menjahit dan sebagainya.
Aktiviti ini bertujuan supaya murid dapat menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan sempurna. Beberapa latihan seperti membuat lakaran bebas, melakar perjalanan ke sekolah, dan melakar bentuk-bentuk geometri membolehkan murid menguasai kemahiran menulis.



4.4.2 Membuat Corak, Menyambung Titik dan Memadankan Bentuk
            Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan ialah latihan membuat corak, latihan menyambung titik, latihan memadan bentuk melukis bentuk-bentuk geometri dan sebagainya.
4.4.3 membentuk Huruf
            Menerusi kaedah ini guru harus merancang pengajaran dengan membuat kelompok huruf berdasarkan bentuk-bentuk huruf yang terdapat dalam abjad Melayu. Sebagai contoh kelompok pertama untuk huruf-huruf yang berbentuk bulah seperti huruf o, a, dan e. Kelompok kedua merupakan huruf-huruf yang mempunyai garisan lurus seperti huruf i.l,t,f,b,d, h dan k. kelompok merupakan kelompok huruf selekoh seperti huruf m, n dan r manakala kelompok keempat merupakan kelompok huruf ekor bawah garis seperti huruf y, g, j, p, dan q. ( Lihat Lampiran 3 )
5. Kaedah Membaca
            Kaedah merupakan prosedur menyeluruh terhadap sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kaedah terbentuk berdasarkan pendekatan yang dipilih dan telah dikenal pasti bersasuaian dengan objektif dan tujuan sesuatu kemahiran bahasa itu diajarkan. Tegasnya kaedah adalah langkah-langkah atau peringkat-peringkat yang teratur yang digunakan untuk mencapai sesuatu tujuan dalam pengajaran.
            Bagi peringkat awal bacaan kanak-kanak, terdapat beberapa jenis kaedah membaca yang boleh digunakan oleh para guru untuk mengajar murid-murid. Dalam konteks pengajaran membaca, terdapat tiga kaedah popular yang boleh digunakan iaitu kaedah abjad, kaedah fonetik dan kaedah pandang sebut.
5.1 Kaedah Abjad
            Kaedah abjad merupakan kaedah asas membaca yang paling tua digunakan oleh manusia untuk mengajar kanak-kanak membaca. Pendapat ini turut diisokong oleh Zulkifley Hamid (1994) yang berpendapat bahawa kaedah ini adalah sebagai kaedah klasik dan amat digemari oleh ramai guru yang mengajar membaca pada peringkat permulaan. Kaedah pengajaran abjad ini pernah juga digunakan pada zaman kerajaan Greek dan Rom.
            Dalam kaedah ini, guru akan memperkenalkan huruf vokal dan konsonan terlebih dahulu iaitu huruf a hingga huruf z sebanyak 26 huruf(Lihat Lampiran 4). Kemudian nama-nama abjad ini perlulah disebut dan dihafal oleh murid. Kadang-kadang ada nyanyian yang menggunakan huruf-huruf sebagai liriknya. Setelah itu guru akan memperkenalkan huruf kecil dan huruf besar. Selepas itu murid dikehendaki menulis huruf kecil dan huruf besar serta murid diajar padanan huruf tersebut. ( Lihat lampiran 4 ) setelah beberapa minggu barulah murid tersebut diperkenalkan dengan huruf vokal iaitu huruf a, e, i, o, dan u. Dalam sistem bahasa Melayu apabila huruf-huruf vokal yang digabungkan dengan huruf konsonan akan menghasilkan bunyi seperti ‘da’, ‘di’, ‘du’, ‘de’,  dan ‘do’ manakala gabungan ‘ai’, ‘au’, dan ‘oi’ akan membentuk diftong.
            Semua bunyi tersebut apabila digabungkan akan membentuk sukukata seperti da + du = dadu. Seterusnya murid akan diajar membaca rangkai kata, ayat dan seterusnya diajar membaca.
             Seterusnya guru akan mengaitkan gambar dengan sesuatu huruf, contohnya ‘a’ untuk ‘ayam’, ‘b’ untuk ‘bola’, ‘c’ untuk ‘cawan’, ‘d’ untuk ‘duku’ dan sebagainya. ( Lihat lampiran 6 ). Untuk tujuan pengukuhan guru boleh menyanyi lagu ABC.
5.1.1 Kelebihan Kaedah Abjad
            Penggunaan kaedah abjad amat sesuai dengan sistem bahasa Melayu kerana ia terdiri daripada suku kata yang hampir tetap bunyinya. Misalnya ‘ba’ bunyinya adala ‘ba’ juga. Seterusnya murid boleh membaca perkataan baharu, walaupun belum pernah mempelajarinya kerana mereka sudah dapat mengenal huruf dan membunyikan vokal konsonan dengan baik. Selain itu, kaedah ini memberikan kemahiran asas dan binaan yang kukuh dalam aktiviti asas membaca. Akhir sekali kaedah ini dapat membantu murid-murid untuk mencapai tahap kecekapan yang tinggi dalam kemahiran membaca serta memberikan keyakinan kepada mereka untuk terus membaca.
 5.1.2 Kelemahan Kaedah Abjad
            Terdapat pelbagai kelemahan kaedah abjad iaitu selalunya murid-murid boleh membaca dengan lancar perkataan yang diberi tetapi tidak memahami apa yang dibacanya. Selain itu, melalui kaedah abjad ini juga murid masih terbawa-bawa cara membaca sambil mengeja. Hal ini demikian akan menyebabkan mereka membaca secara merangkak-rangkak dan tidak memahami apa yang diucapkan. Seterusnya kaedah ini juga dikatakan tidak sesuai dengan kehendak pendidikan dan psikologi murid-murid kerana pengajaran tidak secara keseluruhannya bermakna. Besar kemungkinan murid-murid akan lupa pelajaran yang lepas jika tidak diulang sebut berulang kali di dalam bilik darjah. Akhir sekali kaedah abjad ini akan membosankan murid terutama apabila mereka diberi latih tubi yang berlebihan. Kaedah ini lebih mengutamakan aktiviti hafalan dan kurangnya penghayatan.
             Sebagai kesimpulannya kaedah abjad merupakan kaedah yang memberikan fokus kepada aktiviti menghafal abjad, proses pembentukan suku kata dan aktiviti mengeja. Usaha menghafal abjad dan membentuk suku kata ini bertujuan untuk memudahkan murid mengeja perkataan ketika membaca. Dalam kaedah ini murid perlu mengenal pasti nama-nama huruf dahulu melalui latihan menyebut dan menghafal dari huruf a hingga z mengikut susunan. Seterusnya diikuti dengan mengeja suku kata dan perkataan. (Lihat Lampiran 7 )
5.2 Kaedah Fonetik
            Kaedah fonetik merupakan kaedah asas membaca yang menekankan hubungan antara huruf (symbol) dengan bunyi. Pengajaran mengikut kaedah ini  dimulakan dengan latihan pendengaran, diikuti dengan latihan penyebutan, iaitu bermula dengan latihan penyebutan bunyi, kata frasa dan ayat. Kaedah ini amat sesuai untuk mengajar membaca kepada kanak-kanak yang baru mengenal huruf. Membaca mengikut kaedah fonetik memerlukan seseorang murid itu bersedia lebih awal seperti mengetahui bunyi-bunyi huruf, boleh menyebutnya dengan baik serta dapat mengingatinya dalam tempoh yang agak lama. Seterusnya murid perlu mengenali huruf berkenaan dari segi bentuk, rupa dan cara menulis huruf tersebut di samping dapat mengaitkan huruf yang dilihat dengan bunyi yang dilafazkan.
            Dalam kaedah fonetik, murid-murid tidak diajar nama-nama huruf tetapi mereka diajar bunyi-bunyi huruf. Maksudnya lambang huruf terus dikaitkan dengan bunyinya. Misalnya ‘a’ dibunyikan ‘aa…’, ‘t’ bunyinya ‘teh’’ s’ bunyinya ‘seh’ dan sebagainya.(Lihat Lampiran 8) Setelah mereka tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya maka suku kata pula dibina. Misalnya, ‘ba’, ‘da’, ‘ka’, ‘la’, ‘mi’ dan sebagainya. Kemudian barulah suku kata ini digabungkan menjadi perkataan-perkataan seperti ‘dada’, ‘lalu’, ‘mata, ‘cuci’ dan sebagainya. Seterusnya murid-murid diberi latihan membaca ayat-ayat yang menggunakan perkataan ini.
5.2.1 Kelebihan Kaedah Fonetik
            Melalui kaedah fonetik murid dapat mengaitkan huruf yang dilihat dengan bunyi seperti huruf ‘c’ disebut ‘cah’, ‘d’ disebut ‘dah’ dan sebagainya. Selain itu, kaedah ini juga mengurangkan bebanan memori murid kerana murid tidak perlu menghafal huruf-huruf. Seterusnya, guru tidak perlu memperkenalkan semua huruf vokal dan konsonan sekaligus. Akhir sekali penggunaan asosiasi bunyi dan gambar dapat mempercepat proses mengingat.
5.2.2 Kelemahan Kaedah Fonetik
            Dalam menjalankan kaedah fonetik, beberapa kelemahan dapat dikenal pasti. Antaranya ialah kaedah ini masih memerlukan murid-murid menghafal bunyi huruf yang kurang bermakna pada permulaannya. Kaedah ini juga tidak sesuai diaplikasikan kepada murid-murid yang slow learner dan hanya sesuai digunakan oleh murid-murid yang pandai. Selain itu, kaedah ini memerlukan masa yang panjang untuk murid mengenal semua bunyi huruf dan suku kata sebelum mereka membaca perkataan dan ayat-ayat yang bermakna. Murid juga perlu bersedia lebih awal sebelum membaca. Akhirnya kaedah ini hanya sesuai untuk murid-murid yang telah mahir menyebut dan boleh mengingati bunyi huruf yang telah diajarkan.
            Sebagai kesimpulannya, kaedah fonetik menekankan penguasaan murid terhadap hubungan antara huruf dengan bunyinya. Kaedah ini hanya memerlukan mereka mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpa perlu menghafal nama-nama huruf berkenaan. ( Lihat Lampiran 9 )
5.3 Kaedah Pandang Dan Sebut
            Kaedah Pandang dan Sebut merupakan kaedah pengajaran yang memerlukan murid-murid menyebut perkataan yang disebut oleh guru terlebih dahulu setelah ditunjukkan gambar atau perkataan tersebut. Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah seluruh perkataan kerana pengajaran dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata.
            Menurut Juriah Long (1994) perkataan diperkenalkan kepada murid-murid dengan menggunakan kad-kad perkataan. Semasa kad diimbasi murid-murid akan menyebut perkataan itu beberapa kali. Perkara yang dipandang ialah gambar objek yang terdapat pada bahan bantu belajar dan yang disebut ialah perkataan pada bahan yang ditunjukkan.
            Pada pendapat saya kaedah Pandang dan Sebut melibatkan dua aktiviti utama iaitu membunyikan perkataan atau suku kata berdasarkan gambar dan membunyikan ayat berdasarkan gambar yang mengandungi cerita.

5.3.1 Kaedah Pengajaran Pandang dan Sebut
            Dalam pengajaran kaedah Pandang dan Sebut, murid terlebih dahulu diperkenalkan dengan latihan menyebut perkataan berdasarkan gambar. (Lihat Lampiran 10). Murid diminta menyebutnya beramai-ramai atau dalam kumpulan dan diikuti dengan secara individu
            Setelah murid mampu menyebut perkataan-perkataan yang ditunjukkan, guru bolehlah mencerakinkan perkataan tersebut menjadi suku kata agar mudah difahami oleh murid-murid.(Lihat Lampiran 10)
            Apabila murid sudah dapat menyebut dan mencerakinkan perkataan berdasarkan gambar, guru bolehlah membimbing murid-murid membina ayat yang mudah berdasarkan perkataan-perkataan yang telah pun dipelajari. (Lihat Lampiran 11).
5.3.2 Kelebihan Kaedah Pandang dan Sebut
            Antara kelebihan pengajaran menggunakan kaedah pandang dan sebut ialah ia sesuai dengan kehendak ilmu jiwa kanak-kanak kerana mereka mempelajari sesuatu secara keseluruhan dan ianya dapat menarik minat murid. Penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik seperti menggunakan gambar dan  kad imbasan yang menarik dapat memotivasikan murid-murid untuk belajar. Selain itu, kaedah ini juga mementingkan makna dari awal lagi, oleh itu, murid-murid mudah memahami apa yang dibaca oleh mereka. Akhir sekali, guru dapat melatih murid-murid membaca dengan sebutan dan rentak irama ataupun alunan suara yang betul dari awal lagi.
5.3.3 Kelemahan Kaedah Pandang dan Sebut
            Walaupun kaedah pandang dan sebut ini sesuai dengan kehendak kanak-kanak namun bacaan mereka terhad kepada perkataan, rangkaikata dan ayat-ayat yang telah diajarkan sahaja. Oleh itu perbendaharaan kata murid-murid amat sedikit. Selain itu, melalui kaedah ini juga tidak membolehkan kanak-kanak mengenal huruf secara formal. Lambat mengenal bunyi dan suku kata. Seterusnya murid-murid juga tidak mempunyai asas yang kukuh untuk membolehkan mereka membaca sendiri kerana tahap penguasaan perkataan lain adalah terhad.
            Sebagai kesimpulannya, kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah seluruh perkataan kerana proses pembelajaran dimulai dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Aktiviti yang utama adalah pandang dan sebut, iaitu perkara yang dipandang ialah gambar manakala yang disebut ialah perkataan pada bahan yang ditunjukkan. ( Lihat Lampiran 12 )